NUFFNANG

Sabtu, Julai 07, 2012

Kondom Anti Rogol Untuk Wanita


Kepada para perogol diluar sana,mulai sekarang harap berwaspada.Untuk mengurangkan jumlah angka kes rogol yang meningkat, Sonette Ehlers seorang wanita dari Afrika Selatan telah berjaya mencipta kondom wanita anti rogol.Tujuan diciptakan kondom yang unik ini adalah untuk mencegah kes rogol,kerana tingginya angka kes rogol yang terjadi didunia dan khususnya yang terjadi di Afrika Selatan.

Yang paling terbaik mengenai kondom ini ialah tugasnya menyepit zakar penyerang, melukai dan membuatnya tidak berdaya.Alat ini tidak seperti kondom-kondom lelaki namun sekilas pandang berbentuk seperti kondom biasa yang berbentuk kantung di perbuat dari Latex (Getah Khas untuk pembuatan kondom).
Tetapi kelainan kondom ini ialah ia terdapat duri-duri logam halus yang menuju ke dalam,dan dipakai oleh seorang wanita dalam vaginanya seperti tampon (Pemakaianya tidak akan mencederakaan vagina si pemakainya).Apabila seseorang wanita itu diserang dan berlaku cubaan merogol, zakarnya akan masuk kantung latex Kondom anti rogol tersebut dan tertusuk duri-duri.
Duri-duri itu akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat dan diharapkan dapat memberi masa untuk mangsa untuk melarikan diri.Kondom ini akan tetap melekat pada tubuh si penyerang dan hanya dapat dicabut melalui pembedahan kecil dan apabila situasi demikian berlaku, perogol tersebut akan terpaksa dibawa ke hospital. Di hospital perogol itu akan ditangkap.
Idea yang agak kreatif bukan?. Selain itu kondom ini berfungsi sama seperti kondom wanita biasa yang boleh mencegah kehamilan dan penularan penyakit berjangkit. Kondom ini diperkenalkan di Afrika Selatan, di mana banyak kes rogol terjadi.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: