NUFFNANG

Khamis, Julai 12, 2012

Putus Di Baham Sang Bedal

MOORE HAVEN, Amerika Syarikat - Seekor buaya sepanjang sekurang-kurangnya tiga meter menerpa dan menggigit hingga putus lengan kanan seorang remaja ketika dia berenang di sungai Caloosahatchee dekat sini, kata beberapa pegawai hidupan liar negeri Florida kelmarin.

Mangsa yang berusia 17 tahun, Kaleb Langdale terselamat dalam serangan tersebut yang berlaku pada Isnin lalu.Haiwan ganas itu kemudian dibunuh beberapa pekerja Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) dan pakar pengesan buaya tersebut.
Sungai Caloosahatchee...Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.
Pekerja-pekerja itu turut berjaya mendapatkan semula lengan mangsa tetapi doktor-doktor gagal menyambung kembali organ tersebut.
Mati pada hari sama dia membaham lengan remaja terbabit.
"Kami dapat membunuh buaya itu dan membelah perut haiwan tersebut, mendapatkan semula lengan mangsa dan membawanya ke hospital agar ia dapat disambung semula," kata jurucakap FWC, Jorge Pino.Menurutnya, remaja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.
Remaja malang yang sangat bernasib baik.
Seorang rakan remaja itu, Gary Beck berkata, Langdale muncul di permukaan air selepas dibaham dengan menyatakan lengannya telah hilang dan meminta pihak paramedik dihubungi.Buaya bertindak lebih ganas kerana musim mengawan.
SEEKOR buaya yang membaham lengan Langdale ditarik dari permukaan sungai selepas ia dibunuh oleh pekerja-pekerja Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida dan pakar pengesan haiwan itu pada Isnin lalu.
LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: