Ujian Mengesan Jin dalam Badan Anda :
Langkah 1:Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2: Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3: Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
Dengarkan dengan khusyuk dari video ini :
Ciri-ciri Gangguan Jin, Sihir Dan Saka
Gangguan Jin
Gejala yang mungkin berlaku:
• Histeria.
• Kerasukan/tidak sedarkan diri.
• Rasa rendah diri.
• Rasa ketakutan.
• Hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan.
• Diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat, zikir dan sebagainya.
• Terdengar bisikan/suara.
Gangguan Sihir
Gejala yang mungkin berlaku:
• Terdapat lebam-lebam pada badan.
• Terdapat kesan gigitan pada badan.
• Tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian.
• Hilang keyakinan diri.
• Rasa rendah diri.
• Premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak).
• Gangguan ketika beribadah.
• Hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar.
• Terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.
Gangguan Saka
Gejala yang mungkin berlaku:
• Mimpi harimau, ular, buaya dan lain-lain.
• Hysteria.
• Teringatkan orang yang sudah meninggal dunia.
• Ketakutan.
• Terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu.
• Pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan