Jumaat, September 07, 2012
Wanita Ini Alami 100 Kali Orgasme Setiap Hari
Pennsylvania: Orgasme atau kepuasan seks bagi wanita selalunya menjadi sebuah pengalaman seksual yang selalu ditunggu kaum wanita dewasa. Namun tidak bagi Kim Ramsey yang bertugas sebagai jururawat.
Wanita 44 tahun berasal dari Amerika Syarikat ini selalu ingin menghentikan orgasme yang dialaminya. Setiap hari, Kim Ramsey mengalami sekurang-kurangnya 100 kali orgasme tanpa memilih tempat dan waktu.
Kim Ramsey yang pernah mempunyai kekasih itu menderita Persistent "Genital Arousal Disorder (PGAD)" Atau kelainan ghairah genital. Dengan lain perkataan, Dia memiliki situasi yang membuatnya merasa terus-menerus terangsang.
Semasa tergesel orang lain di dalam kenderaan awam, Kim Ramsey boleh mengalami klimaks.Kim Ramsey juga boleh terangsang akibat goncangan kenderaan awam di kereta atau melihat sesuatu yang membuatnya akan tertarik secara seksual. Keadaan ini terasa sangat meletihkan, sakit, dan tidak mampu memiliki hubungan yang normal dengan sebarang lelaki.
Kim Ramsey juga takut untuk kemana-mana destinasi jarak jauh.
Dia menyedari keanehan di dalam dirinya itu pada 2008, Setelah melakukan hubungan intim dengan kekasihnya. Sejak itu, ia mengalami orgasme selama empat hari berturut-turut.
Doktor percaya bahawa sindrom itu disebabkan oleh kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001 ketika itu ia jatuh dari tangga. Ini mungkin telah menyebabkan Tarlov cyst atau saraf
orgasme wanita milik Ramsey tersepit. Penyakit yang dialami Ramsey ini sangat jarang terjadi, dunia perubatan moden pun masih belum dapat menyelesaikan kes seperti ini.
Pada masa ini, Ramsey berusaha untuk mengubati penyakitnya itu. Ia juga akan bertemu dengan ahli PGAD di London, Untuk berbincang mengenai masaalah ini. Ia berharap kelainan yang dialaminya itu boleh disembuhkan.
sumber
Labels:
Ragam Manusia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan