Bila hari hujan tetap kena cari tempat berteduh. Bila hari panas mesti kena panas. Bila berlaku kemalangan pula memang akan tumbang, terbalik, terseret, bergolek-golek Cukup bahaya langsung tiada ciri-ciri keselamatan.
Sungguh menarik dan teruja bila tengok motosikal hasil rekaan Lit Motors, syarikat automotif di San Francisco yang memperkenalkan Motosikal Elektrik C-1 dengan 2 tempat duduk yang bertutup sepenuhnya. Motosikal ni bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan tidak basah ketika hari hujan.
Malah ianya selamat kerana takkan terbalik atau tumbang bila berlaku pelanggaran. Motosikal yang diberi nama C-1 ni menggunakan ‘sistem penstabilan gyroscopic’ bagi membolehkannya kekal berdiri tegak walaupun tidak bergerak.
Video-video di bawah memaparkan bagaimana Motosikal Elektrik C-1 berfungsi. Teknologi kenderaan hasil gabungan motosikal dan kereta ni memang nampak hebat.
Katanya motosikal masa depan ni akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2013. Dari segi harga memang mahal. Lebih kurang RM75,000 sebuah.
LIHAT VIDEO . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan