Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.
Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
- Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu
rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Tafsir Surah al-Fatihah
Surah Makiyah ini dinamakan Al-Faatihah yang bermakna pembuka bagi permulaan Al-Quran. Ia mempunyai beberapa nama lain seperti Ummul Quran, Ummul Kitab, dan As-Solah. Surah ini mengandungi 7 ayat dimulai dengan “بسم الله الرحمن الرحيم” sehingga habis.
Al-ISTI`AZAH
Isti`azzah adalah lafaz “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” yang membawa makna permintaan seorang hamba kepada Rabbnya supaya dilindungi dari segala cubaan dan diberi kekuatan dalam menghadapi hasutan dan bisikan syaitan yang di rejam, dan supaya dilindungi dari sebarang ketewasan dan ketidak tenangan. Hukum bacaan isti`azah adah sunat kepada sesiapa yg ingin membaca mana-mana ayat dari ayat Al-Quran ataupun surahnya. Ia juga diperlukan bagi org yang sedang marah, ataupun terlintas di fikirannya kejahatan supaya dilindungi.
BASMALAH
Basmalah adalah lafaz “بسم الله الرحمن الرحيم” iaitu lafaz permulaan dengan nama Allah, Tuhan yang Maha pengasih dan maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya, dan hanya kepada Dia kita memohon pertolongan dan mengadu segala hal. Ar-rahman dan Ar-rahim adalah dua daripada nama2 dan sifat-sifatNya yg diambil dari perkataan Ar-rahmah (Pemurah, penyayang, dan belas kasihan).
Hukum bacaan basmalah:
Sebagai hamba, kita diminta untuk membaca lafaz basmalah di dalam setiap bacaan pada semua surah al-quran, kecuali surah At-taubah. Dan disunatkan berbasmalah ketika hendak makan, minum, memakai pakaian, dan ketika melakukan semua pekerjaan.
TAFSIR
1)Dengan Nama Allah yang Maha pemurah, Maha pengasih, Maha penyayang, rujuk Basmalah.
2) Segala jenis pujian, kesyukuran, sama ada dari sifat, perbuatan dan segala2 kebesaran dan keagungan adalah untuk Allah s.w.t, tuhan yang tiada setandingnya yang mentadbir seluruh alam ini (alam yg nampak dengan mata kasar mahupun yang ghaib). Dialah Rabb seluruhnya yang mencipta dan memiliki seluruh alam ini dan sebagai hamba kita harus memuji keagungan Allah dengan berganda-ganda banyaknya.
3) Allah itu Maha pengasih, Maha penyayang dan Belas kasihanNya tidak terbatas. Dia memiliki sifat pemurah yang Maha tinggi terhadap hambanya, Dan sentiasa melimpahkan rahmat kepada hamba-hambaNya di dunia malah sehingga ke hari qiamat.
4) Allah lah raja Kepada segala raja yang mempunyai kekuasaan dan kesultanan yg memberi segala perintah yang wajib di laksanakan, dan juga larangan yang wajib dijauhi dan segala-galanya adalah milik Nya. yang juga memiliki, menguasai, dan yang akan mengadili hari penghisaban/perhitungan (qiamat), hari dimana setiap jiwa tidak langsung tidak memiliki hatta jiwa masing-masing, Malah Allah lah tuhan yang tiada tandingan Yang Berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya pada hari perhitungan itu.
5) Sebagai hamba-Nya, Hanya kepada Allah kami mengabdikan diri, dan mentaatiNya dengan penuh kerendahan dalam mengagungkanNya, dan dengan penuh rasa cinta kepadaNya dalam melaksanakan perintahNya. Dan hanya kepada Allah sahaja kami memohon perlindungan, tempat kami bergantung dan kami mengharapkan segala harapan.
Dalam ayat 1-4 ini, Allah mengajar kita bagaimana kita memohon dan merayu kepadaNya agar mengerima doa dan permintaan kita, dengan banyak memuji kehebatan dan keagungan Nya dan sentiasa memuliakanNya. Serta juga beriltizam dalam melakukan perintahNya dan memberikan seluruh komitmen dan kesungguhan dalam menghambakan diri padaNya, tidak mensyirikkanNya dan tidak mengharapkan kepada sesiapa melainkan Dia lah Allah yang tiada sekutu baginya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi, dan An-Nasa’ie mafhumnya:
“Barangsiapa yang ingin memohon kepada Allah, maka hendaklah di mulai dengan puji-pujian kepadaNya, diikuti dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w, dan kemudian mohonlah apa-apa saja yang ingin di pinta”.
6)Tunjuk, pimpin, beri, dan kekalkanlah kami dengan hidayahMu (Allah) kepada jalan yang membawa kepada keredhaanMu, SyurgaMu, iaitu jalan agamaMu deen Islam yang lurus dan tiada bengkang bengkok didalamnya terhadap kebenaran, dan tiada pemalingan didalamnya terhadap hidayahMu, dan kekalkanlah kami sehingga tidak terputus dari hidayahMu.
7) Iaitu jalan yang telah Allah tunjukkan kepada para Nabi, orang2 yang benar, para syuhada dan, para solehin, dan juga sesiapa saja yang Allah nikmatkan bagi mereka dengan keimanan dan makrifat kepadaNya dengan rasa penuh cinta dan tidak puas-puas padaNya, dan petunjuk di dalam melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan laranganNya. Tetapi bukanlah jalan yang Allah marah kepada meraka-meraka yang kufur dan melakukan penyelewengan di atas dunia ini seperti kaum Yahudi, dan bukanlah juga jalan orang yang salah yang menyimpang dari jalan kebenaran iaitu yang menyembah selain Allah dan mengikut selain apa yang disyariatkan Nya seperti kaum Nasara.
Lafaz “Ameen” bukanlah satu ayat dari surah Al-Faatihah. Tetapi ia adalah sunat dan dituntut seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah mafhumnya:
“Adalah sekiranya Nabi s.a.w apabila selesai membaca [غير المغضوب عليهم ولا الضالين], baginda berkata ‘امين’ sehingga didengari oleh ahli barisan saff yang pertama, dan kemudiannya bergegarlah seluruh masjid dengannya (dgn ameen itu ramai-ramai)”.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan