NUFFNANG

Rabu, Februari 20, 2013

KAKI LAMBUNG KENA JEL 20 TAHUN

Gambar sekadar hiasan
KUANTAN – Seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan pada minggu lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan tertuduh, Yuliana, 24, berasal dari Aceh dipenjara 15 tahun bagi tuduhan pertama dan penjara lima tahun untuk tuduhan kedua.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Februari lalu.

Mohd. Azhar sebelum menjatuhkan hukuman berkata, perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius kerana memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

“Semoga hukuman yang diberikan boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan.

“Kamu (tertuduh) telah diberikan amanah untuk menjaga bayi itu tetapi kamu tidak menjalankan amanah itu dengan baik,” tegas Mohd. Azhar sebelum menjatuhkan hukuman.

LIHAT VIDEO :

Bagi pertuduhan pertama, Yuliana yang baru sehari bekerja dengan keluarga malang itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa.

ALAMCYBER2020 - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . . .

Link

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: