LIHAT VIDEO :
Penduduk Chelyabinsk, bandar raya dengan jumlah penduduk 1.1 juta merupakan pusat industri berat Russia. Batu angkasa seberat 10 tan itu terhempas di kawasan Chelyabinsk di tengah negara itu dalam bentuk bola api.
Dengan suhu persekitaran kira-kira negatif 17 darjah, penyelam Russia melakukan operasi mencari di Tasik Chebarkul, kira-kira 60 kilometer dari Chelyabinsk, . Jurucakap kementerian kecemasan Vyacheslav Ladonkin berkata, “Kumpulan penyelam bertugas di sana, tetapi kami tidak menemui apa-apa,” katanya, kementerian percaya lubang bulat sebesar lapan meter di tasik itu bukan disebabkan oleh bahan angkasa.
“Kami percaya ia disebabkan oleh kejadian lain. Keputusan sudah dibuat untuk menghentikan operasi mencari dan ia tidak akan diteruskan untuk hari ini,” katanya. Insiden itu menyebabkan dinding batu bata di kilang zink tempatan runtuh dan tembok pusat luncur ais dan pusat hoki di bandar raya itu berlubang.
Seramai 40 orang masih dirawat di hospital, kebanyakannya mengalami cedera seperti luka, patah tulang dan pitam, seorang doktor memberitahu Rossiya Channel dari hospital Chelyabinsk, manakala pusat khas dibuka untuk memberikan bantuan psikologi. “Terdapat asap putih. Kami menyangka pesawat terbakar,” kata seorang pesakit, Vera yang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
BUNYI SONIK
Tahi bintang biasanya akan mengeluarkan bunyi sonik ketika masuk ke atmosfera kerana bergerak melebihi kelajuan bunyi.
Beberapa laporan juga bercanggah dengan apa yang berrlaku. Jurucakap Kementerian Kecemasan Irina Rossius, berkata ada beberapa tahi bintang jatuh ke bumi manakala seorang lagi jurucakap, Elena Smirnikh, dipetik agensi berita Interfax sebagai berkata bahawa hanya satu tahi bintang dilihat.
INFO: Tahi bintang
* Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi
* Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam
* Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
* Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun
* Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera
* Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram
* Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
* 20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk
Sehingga kini hentaman tahi bintang yang meletup 50km dari jarak bumi Russia itu masih lagi menjadi misteri . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan