NUFFNANG

Selasa, Mac 05, 2013

FILIPINA DAN MALAYSIA SALING MENYERANG DI RUANG SIBER


PETALING JAYA: Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dengan Filipina hujung minggu lalu.

Penggodam yang mendakwa mereka daripada kumpulan penggodam Anonymous bahagian Malaysia dan Filipina menyerang laman web di kedua-dua negara itu.

Serangan dalam talian pertama dipercayai dilakukan oleh penggodam Malaysia beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis negara itu dengan kumpulan bersenjata Sulu dari Filipina yang menceroboh masuk Lahad Datu di Sabah pada Jumaat itu, lapor akhbar The Star.

Satu mesej dalam bahasa Tagalog dipapar dalam laman Facebook milik Anonymous Malaysia, memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan melancarkan serangan.

Sebuah blog Filipina, Pinoy Tech News, melaporkan beberapa laman web pemerintah negara itu diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS). Beberapa laman web lain turut terjejas.

Penggodam Filipina kemudian membalas dengan menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik kerajaan Malaysia.

Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan dan mengumumkan mengenai tindakan mereka itu di Facebook.

Mereka juga menggesa pengikut mereka supaya melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.

Namun, satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Anonymous kemudian menggesa penggodam dari kedua-dua negara supaya bertenang.

"Perang maya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kita, sebaliknya akan memberi tanggapan salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan," kata kumpulan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab, berkata kerajaan Malaysia menyedari perkara itu, tetapi beliau enggan mengulas lebih lanjut.
SUMBER -

PENGGODAM menyiarkan maklumat tentang Sabah yang bukan merupakan negeri yang sah milik Malaysia di enjin carian Google semalam

KUALA LUMPUR - Para penyokong kumpulan pengganas Sultan Sulu yang menceroboh Sabah baru-baru ini telah menggodam enjin carian Google.

Penggodam itu menyiarkan maklumat bahawa Sabah bukan negeri yang sah di Malaysia.

Hasil keputusan carian enjin itu juga memaparkan keratan kenyataan tersebut yang diambil daripada petikan di laman web Wikipedia.

"Sabah merupakan salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia dan ia dikuasai secara haram," kata kenyataan tersebut dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, sebuah laman web Kolej Stamford di Malaysia turut digodam pada hujung minggu lalu apabila muka hadapan laman tersebut diganti dengan mesej yang menyatakan: "Masanya telah tiba untuk menuntut kembali apa yang sebenarnya menjadi hak kami."

Beberapa laman berita portal Filipina mendakwa sejumlah laman web di negara tersebut telah diserang oleh para penggodam pro-Malaysia.

Sebelum itu, masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan kumpulan pengganas yang mendakwa mereka Tentera Kesultanan Sulu.

Kira-kira 100 sehingga 300 orang pengganas tersebut mendarat di perairan Sabah pada 12 Februari lalu.

Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh sejumlah anggota penceroboh tersebut.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis Malaysia turut terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku melibatkan kedua-dua pihak.

Pencerobohan itu diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang merupakan adik Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. - Agensi

-SUMBER-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: