NUFFNANG

Jumaat, Mac 15, 2013

TAK SALAH BUANG AIR KECIL BERDIRI

SEKADAR Gambar hiasan

Saya ingin bertanya mengenai tabiat kencing berdiri. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah lelaki suka kencing berdiri dan benarkah kencing berdiri itu adalah kencing seperti syaitan?

Dalam masalah ini juga saya menjumpai kes seorang lelaki yang selalu kencing berdiri. Walaupun ditegur, lelaki terbabit dikatakan masih berdegil serta menimbulkan masalah kerana rumahnya berbau hancing akibat air kencing terpercik ke dinding dan kekuningan. 
Isterinya juga tidak puas hati, lalu mengadu pada orang luar. Saya meminta nasihat Dr mengenai masalah ini. 

Salim,
Alor Setar 

Umumnya membuang air kencing sambil berdiri bagi seseorang lelaki tidak haram, malah dibenarkan dalam beberapa keadaan. 

Perkara ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW. Menurut Hudhaifah RA: “Suatu ketika Nabi SAW pernah singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, baginda membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi baginda malah berkata: “Mendekatlah ke mari.” Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khaufnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dengan kata lain, kencing berdiri dibenarkan apabila dapat menjaga pakaian dan diri daripada terkena najis. Ia pula sesuai dengan tempat tertentu. Lebih-lebih lagi apabila ada tandas khusus dan sebagainya. Ia sudah tentu tidak menyerupai syaitan. 

Bagaimanapun, pada kebiasaannya, Rasulullah SAW buang air kecil sambil duduk (mencangkung). Cara kencing sambil duduk lebih baik berbanding kencing sambil berdiri kerana seseorang dapat menjaga kebersihan secara lebih sempurna kerana air kencing tidak terpercik jauh. 

Selain itu, cara kencing sambil duduk juga dapat memastikan air kencing keluar habis. 

Kebiasaan yang dilakukan Rasulullah SAW perlu diberitahu kepada lelaki terbabit. 

Dengan itu, beliau akan menurut kebiasaan Rasulullah. Ia tentu dapat mengatasi masalah di atas. Beliau juga perlu dinasihati supaya tidak membuang air merata-rata seperti ke dinding. 

Sememangnya sudah ada kemudahan mangkuk tandas untuk berbuat demikian. Segala kemudahan perlu digunakan sebaik mungkin dan cara yang betul. 

Jika masih tidak tahu menggunakannya perlulah diajar satu persatu mengenai tatatertib menggunakan tandas dan bilik air seperti mengepam air apabila selesai menggunakannya.

-sumber-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: