NUFFNANG

Rabu, Mei 29, 2013

APA ITU MOD SELAMAT

PENGKOMPUTERAN menggunakan mod selamat dapat melindungi perkakasan seperti memori, pemproses dan cakera keras daripada dimasuki virus.

SERING diperkatakan apabila scan virus pada komputer yang dijangkiti, lakukannya dalam keadaan safe mode. Tetap bagaimana cara untuk melakukannya?

Safe mode atau mod selamat adalah satu keadaan pelancaran untuk membuka sistem komputer Windows dalam keadaan pelarian sistem komputer yang paling minimum operasinya.

Mod selamat ini tidak akan melarikan program-program komputer yang tidak penting dalam sistem Windows bagi membolehkannya beroperasi pada tahap minimum.

Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber komputer seperti memori, pemproses, cakera keras dan sebagainya adalah pada tahap yang minimum.

Banyak aplikasi-aplikasi komputer yang lain seperti Mozilla Firefox ada menyediakan mod selamat ini untuk larian aplikasi pada tahap minimum.

Ini diperlukan apabila aplikasi komputer tersebut bermasalah untuk dibuka atau digunakan.

Kenapa perlunya mod selamat?
Apabila sesebuah sistem komputer dijangkiti oleh virus, kebiasaannya ia akan menyebabkan sistem komputer tersebut beroperasi secara tidak keruan dan bermasalah.

Ia juga berkemungkinan akan meningkatkan penggunaan aplikasi dan program komputer yang tidak penting pada tahap yang maksimum.

Ini menyebabkan komputer tersebut juga akan berada pada tahap maksimum dari segi penggunaan sumber-sumbernya seperti memori, pemproses, cakera keras dan sebagainya.

Oleh demikian, operasi sistem komputer Windows tersebut perlu dijalankan pada tahap yang minimum operasinya.

Ini perlu bagi membolehkan perisian antivirus berupaya membuat pengimbasan keselamatan pada sesebuah sistem komputer yang dijangkiti virus pada tahap yang optimum.

Contoh fail atau program yang tidak dilarikan oleh Windows ketika mod selamat adalah seperti autoexec.bat, config.sys, fail drivers dan lain-lain. Malah, fail-fail sistem ini banyak menjadi sasaran serangan oleh virus yang dijangkiti.

Jadi, mod selamat pada sistem komputer Windows merupakan keadaan yang sesuai dan selamat untuk melarikan perisian antivirus dalam sistem komputer Windows yang dijangkiti virus.

Malah ia juga merupakan keadaan yang sesuai untuk melarikan sistem komputer Windows bermasalah yang disebabkan oleh pelbagai perkara seperti terbuang fail sistem, kerosakan fail sistem, perkakasan dalaman komputer bermasalah dan sebagainya.

Namun begitu, ia bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.

Bagaimana untuk capai mod selamat ini?
Terdapat dua kaedah untuk larikan sistem komputer Windows dalam mod selamat .iaitu dengan menekan butang tertentu ketika but sistem komputer atau melakukan konfigurasi but pada sistem komputer Windows.

Kaedah pertama

1-Restart atau boot semula komputer.

2-Tekan butang F8 secara berulang kali ketika komputer sedang but.masuk ke Windows.

3-Guna butang anak panah untuk memilih menu Safe Mode dan tekan butang Enter.

Kaedah ini kadang kala tidak sama bagi semua jenis pengeluar komputer atau versi Windows yang digunakan. Sila semak manual pengguna.

Sebagai contoh, ada sistem komputer yang memerlukan tekan secara terus butang Ctrl ketika komputer sedang but untuk masuk ke pilihan mod selamat ini.

Kaedah kedua

1-Klik butang Start > Run. Taip perkataan msconfig dalam ruang kekotak yang keluar dan tekan butang OK.

2-Seterusnya tetingkap program System Configuration Utility akan dipaparkan.

3-Klik pada tab General dan klik pada pilihan Selective Startup.

4-Klik pada tab BOOT.INI dan pada ruangan Boot options, klik pada /SAFEBOOT.

5-Klik butang Apply dan OK. Klik butang YES untuk Restart komputer.

Bagi Windows versi lama seperti Windows98 dan lain-lain, pada tab General, setelah klik pilihan Selective Startup, klik butang Advanced > Enable Startup Menu. Klik OK dan but semula komputer seperti biasa.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: