NUFFNANG

Ahad, Mei 26, 2013

SOLAT DENGAN PAKAIAN SYAITAN


Baru-baru ini saya ada terbaca dalam sebuah blog berbahasa Arab waraqat.net mungkin pemiliknya orang Arab. Apa yang menarik tentang post di dalamnya ialah kelihatan gambar seorang lelaki mungkin berbangsa melayu sedang solat di dalam masjid.Dan dikatakan kejadian ini berlaku di sebuah masjid di Malaysia. Mungkin blogger Arab ini seorang pelancong agaknya...

Blogger Arab ini menggambarkan masyarakat melayu boleh menyembah Allah SWT dengan apa cara sekalipun asalkan solat dapat ditunaikan... mungkin selepas solat mereka boleh minum arak dan berzina...seolah-olah zina dan minum arak tidak ada kaitan dengan solat yang telah dilakukan.
Perhatikan apa yang tertulis di baju pemuda ini . . .
Seolah-olah Allah SWT asingkan akaun mereka diantara perbuatan baik dan jahat seperti kata pepatah melayu " minyak dan air tidak akan bercampur". Tetapi dari segi sejarah perjuangan Rasulullah SAW Baginda tidak pernah membuka akaun dosa begitu juga para sahabat.

Semoga Allah SWT akan melahirkan generasi yang suci dari perbuatan sebegini.
Fahami apa yang tertulis di baju kita sebelum memakai atau membelinya . . .
Komen alamcyber2020 : Kita kena Berbaik sangka. Mungkin dia sudah insaf, mungkin dia baru belajar hendak solat, mungkin dia tiada baju ganti, mungkin sudah hehndak habis waktu, mungkin dia malu dengan ajakan kawan (sahabat) yang mengajaknya solat pada hari itu dan mungkin kawannya itu akan menegurnya selepas solat tersebut...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: