Disebuah kampung di pinggir bandar Changchun di China tinggal seekor kura-kura yang ketagihan rokok sehingga 10 batang sehari.Penjaga kura-kura itu mengatakan apabila ia merasakan ketagihan untuk merokok, reptilia itu akan menjadi gelisah dan mula berdengus-dengus seperti sedang marah.
Persoalannya mengapa ia ketagih kepada rokok? Menurut penjaga kura-kura itu yang bernama Tang berkata, Semuanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila dia menyedari haiwan itu telah hilang minat dengan makanan ikan hariannya.
Keesokan harinya, Tang duduk di kerusi berhampiran kura-kura tersebut sambil menyalakan rokok, Sebaik sahaja ia melihat asap, reptilia itu terus merangkak kepadanya untuk mendapatkan rokok yang sedang berasap itu.
Kerana merasa kasihan Tang menyalakan sebatang rokok lagi dan memasukkan kedalam mulut kura-kura jagaanya.Semakin hari kura-kura itu semakin kuat merokok sehingga melebihi 10 batang sehari dan Tang sudah tidak tahan lagi untuk berkongsi rokok dengan reptilia itu.
LIHAT VIDEO KURA-KURA MEROKOK :
"AMARAN KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan