Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.
Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk.
Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.
Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.
LIHAT VIDEO HINA UMAT ISLAM :
Tinjauan mendapati video itu disebarkan secara meluas dan mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Tindakan tegas
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata perbuatan itu perlu dikenakan tindakan tegas.
“Tindakan beliau memaparkan sambutan Aidilfitri bersama anjing boleh mengelirukan umat Islam, walaupun ada mazhab membenar umat Islam membela anjing, namun dalam konteks negara kita, ia tidak sepatutnya berlaku.
“Kita perlu ada fatwa yang jelas tidak boleh buat sesuka hati, perbuatan ini jelas biadap,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Penjelasan Chetz Yusof berkenaan Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Penjelasan Chetz Yusof pemilik video raya dengan anjing yang didakwa hina Islam. Terbaru ni, hangat diperkatakan apabila seorang individu didakwa menghina agama islam dengan membuat video menyambut perayaan Aidilfitri bersama beberapa ekor anjing.
Oleh kerana dilemparkan dengan pelbagai cemuhan dan pandangan negatif, beliau tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Untuk info, Chetz Yusof ni adalah seorang jejaka melayu yang gemar untuk memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan.
Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Chetz Yusof pemilik video raya dengan anjing |
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Menurutnya, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
Video Siapa Sebenar Chetz Yusof
LIHAT VIDEO :
Biodata Chetz Yusof
Nama: Chetz Yusof
Usia: 38 Tahun pada 2013
Bangsa: Melayu
Lokasi: Kuala Lumpur
Hobi: Gemar memelihara anjing
Pekerjaan: Jurutera, Pelatih Anjing (Dog Trainer)
ALAMCYBER2020 : Apa pula pandangan anda denga isu ini ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan