Robot labah-labah ‘iitsii hexapod’. |
Robot T8 Spiderbot ini dicipta oleh Robugtix. Bagi menggerakkan tubuhnya, T8 mempunyai 26 mesin ‘servo motor’ untuk tujuan itu.
LIHAT VIDEO :
Masuk dalam air
Mesin berkenaan membantu T8 untuk bergerak seperti labah-labah asli yang boleh digunakan dalam apa jua keadaan termasuk dalam air.
Malah, pengendalian T8 cukup mudah kerana pengguna tak perlu memahami mengenai program dan teknik pergerakannya kerana mempunyai alat kawalan ‘XBee nirkabel.’
Mula dijual September
T8 dijangka mula dijual pada September depan dengan harga AS$1,350 (RM4,050) tetapi perlu membeli alat kawalannya yang berharga AS$85 (RM255).
Jika tidak mampu atau menganggapnya mahal, ada satu lagi robot labah-labah diberi nama ‘iitsii hexapod’ berkaki enam dan mula dijual pada bulan Ogos dengan harga AS$250 (RM750) satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan