NUFFNANG

Isnin, Ogos 26, 2013

SERAM KETAHUI PENDAMPING MANUSIA

QARIN sering digunakan oleh bomoh untuk mengetahui perkara yang berlaku pada masa lalu
BAGI setiap orang, mimpi merupakan sebahagian daripada permainan tidur dan menjadi lebih dramatik apabila roh orang yang telah meninggal dunia tiba-tiba menjelma dalam mimpi.

Malah tidak kurang juga yang menganggap mimpi sebagai medium untuk seseorang dari alam lain memberitahu sesuatu kepada mereka yang masih hidup.

Kita juga biasa mendengar pengamal perubatan tradisional atau bomoh memperoleh ilmu, petunjuk atau ilham daripada roh para guru mereka menerusi mimpi.

Dalam satu senario lain, orang tua-tua menceritakan bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia balik ke rumah untuk melihat ahli keluarganya yang masih hidup di dunia.

Pemujaan
SERAM...berdasarkan kisah benar di Thailand
Penjelmaan semula roh bukan sahaja dipopularkan oleh filem Thailand "Nang Nak", bahkan meresap jauh ke dalam sanubari sebahagian masyarakat Melayu beragama Islam.

FILEM SERAM NANG NAK :

Persoalannya, apakah sebenarnya yang dikatakan roh itu dan bagaimana ia boleh muncul semula di alam nyata?

"Apa yang didakwa roh itu sebenarnya qarin iaitu pendamping manusia yang terdiri daripada golongan jin.
Dr. Amran Kasimin.
"Qarin itulah yang selalu dipanggil dan dipuja dalam pelbagai acara pemujaan.
"Kadangkala qarin itu boleh menjelma dalam mimpi dengan menyerupai orang yang telah mati," kata pengamal perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin.

Penjelasan itu membuka dimensi baru mengenai qarin dan roh yang sering saja disalahertikan.

Dalam bahasa Arab, qarin bermakna 'teman' atau 'rakan'.

VIDEO KISAH BENAR TENTANG QARIN :

Apa yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.

Orang mati

"Sekiranya ada orang mendakwa mendapat mimpi tentang kehadiran seseorang yang telah meninggal dunia, itu sebenar adalah jelmaan qarin dan bukan roh si mati," ungkap Amran.

Merungkai salah tanggapan masyarakat Melayu khususnya mengenai roh, Amran menjelaskan bahawa tidak berlaku sama sekali pertemuan antara alam roh dan alam nyata.

Jelas Amran, roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali bergaul dan berbual-bual seperti biasa dalam kehidupan harian manusia termasuk melalui mimpi.
YANG kembali dan sering menganggu manusia adalah "QARIN"
Tambahnya, alam roh dan alam manusia yang nyata ini tidak akan bertembung sama sekali kerana terdapatnya alam barzakh yang menjadi pemisah.

"Justeru, tidak terjadi perkara roh naik atau turun pada waktu-waktu tertentu seperti yang dipercayai oleh kita selama ini.

"Apa yang kita lihat itu sebenarnya qarin," tegasnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Amran berkata, terdapat perbezaan jelas antara syaitan, jin dan qarin.

"Jin ini ada daripada golongan kafir dan ada pula yang beriman.

"Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, syaitan dan qarin," jelas Amran.

Mengaitkan antara jin dan amalan pemujaan oleh bomoh bahkan kaki ekor, Amran memberitahu, sudah menjadi sifat qarin untuk membuatkan manusia percaya terhadap perkara khurafat seperti itu.

Ungkapnya, apa yang berlaku ketika amalan menurun ialah bomoh menggunakan jin untuk memberitahunya apa yang sedang berlaku sahaja.

Kembar
Qarin untuk manusia adalah qarin kafir
"Bagi perkara-perkara yang lepas, bomoh tersebut mengetahuinya melalui qarin. Ini kerana qarin adalah satu-satunya makhluk yang paling akrab dengan manusia.

"Dia seperti menjadi kembar manusia dan kerana itulah qarin boleh memberitahu perkara lampau mengenai seseorang," kata Amran.

Bukan sekadar itu, keberkesanan amalan sihir yang menggunakan darah orang mati dibunuh juga berlaku atas 'campur tangan' qarin si mati.

Menyentuh mengenai gambaran qarin, Amran menjelaskan ia sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk menzahirkannya melalui pemikiran biasa.

Namun menurutnya, kemungkinan qarin menyerupai manusia kerana secara logiknya, ia umpama kembar manusia.

Qarin sentiasa berada di samping manusia. Kerana itu dia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang berkenaan.

"Qarin tidak seperti jin atau syaitan lain yang menjelma sebagai haiwan atau pokok kerana ia secara harfiahnya adalah pendamping manusia," kata Amran.

Apa yang jelas, kewujudan qarin sama seperti jin dan syaitan lain iaitu berusaha untuk menyesatkan manusia sehinggalah manusia itu meninggal dunia, barulah qarin ini akan terpisah dengan manusia.

Hal ini turut ditegaskan dalam hadis Riwayat Ahmad dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap kamu ada qarin daripada golongan jin dan juga qarin golongan bangsa malaikat.

"Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabda baginda: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan."

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: