NUFFNANG

Jumaat, Oktober 18, 2013

AWAS BAHAYA CAWAN PAKAI BUANG

MINUM kopi panas dari vending mesin memang sedap tapi ada sesuatu yang anda tidak tahu...
KISAH BENAR :
RAHMAN, pekerja profesional Teknologi Maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta mendapati dirinya mula mengalami sakit perut setiap malam.

Meskipun, pemeriksaan perubatan biasa tidak menemui apa-apa penyakit pada dirinya, namun perubatan terperinci mendedahkan kandungan perutnya mengumpul sejumlah besar lilin. 

Doktor turut mengenal pasti, punca terbabit datangnya daripada cawan kertas yang biasa digunakannya untuk minum teh di pantri pejabatnya. 

Gaya masa kini yang mudah dan ringkas memperkenalkan penggunaan cawan pakai buang yang semakin banyak digunakan di mana-mana pejabat kerana ia memudahkan.
LILIN yang digunakan  sebagai penebat boleh membahayakan kesihatan
Namun, ramai yang terlepas pandang dari segi fakta cawan kertas itu sebenarnya disalut dengan lapisan kecil lilin yang bertujuan untuk mengelakkan air daripada meresap ke dalam kertas.
AIR panas akan melarutkan lilin 
Sekiranya cecair yang sangat panas dituangkan ke dalam cawan ini, lilin terbabit boleh menjadi hancur dan sedikit sebanyak meresap ke dalam air, bercampur dengan minuman sekali gus memasuki perut kita. 

Walaupun badan manusia boleh membuang sejumlah kecil namun, dalam jangka panjang ia mampu memberi masalah. 
SETELAH mengetahui fakta ini masihkah anda mahu menggunakkannya?
Justeru, kita digalakkan membawa cawan kaca sendiri ke pejabat kerana kaca salah satu bahan yang kurang reaktif dalam dunia. 

Tidak hairanlah mengapa, bahan berasid disimpan dalam bekas kaca dan sampel darah dikumpulkan dalam plat kaca. 

Pun begitu, kaca juga mempunyai masalah iaitu mudah pecah, jadi ia memerlukan penjagaan yang baik. 
CAWAN seramik adalah yang terbaik untuk minum air panas
Cawan seramik pula dianggap pertaruhan terbaik atau kita juga boleh menggunakan kaca keluli tahan karat. Jangan sekali-kali menggunakan bahan daripada plastik - ia lebih berbahaya daripada lilin.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: