NUFFNANG

Sabtu, Oktober 26, 2013

BAJET2014 TINGKAT KOS SARA HIDUP RAKYAT

KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan.

S Barathidasan
Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

“Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai. 

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan tetapi ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai. 

Isu GST ialah bagaimana kerajaan menguruskan kewangan negara, kegagalan menguruskan masalah kewangan ini merupakan satu perkara yang sangat besar kerana pelaksanaa GST ialah semata-mata bertujuaan menambahkan pendapatan negara, jikalau tiada GST maka pendapatan Negara tidak akan tambah. 

Sebenarnya kerajaan patut menyelesaikan isu kewangan negara dahulu. MIPAS sama sekali tidak menyokong pelaksanaan GST sehingga pendapatan rakyat mencapai tahap yang tinggi. 

Mipas berpendapat bahawa Bajet kali ini tidak ada apa-apa yang baru melainkan isu mengejutkan hanya lah kenaikan harga gula apabila kerajaan mansuhkan subsidi gula 34sen, dengan alasan-alasan yang tidak munasabah kononnya kerajaan nak mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat, mengurangkan penyakit kencing manis, sedangkan harga gula sudah naik berkali-kali dan kerajaan tidak pernah memberikan satu statistic dan peratusan yang menunjukkan bahawa penyakit kencing manis sudah berkurangan ekoran daripada kenaikan harga gula. 

Persoalan di sini ialah jika sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas dan prihatin, yang ingin mempertingkatkan taraf kesihataan rakyat, maka kenapa kerajaan tidak menaikkan harga garam. 

Pengambilan garam berlebihan dalam makanan juga akan terkena penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Sebenarnya kerajaan menaikan harga gula adalah semata-mata hanya untuk mengurangkan tanggungan kerajaan.

Mipas mencadangkan selain menaikkan harga gula, kerajaan harus mempergandakan serta  memperbanyakkan kempen dan program kesederaan diri tentang bahaya, kesan dan akibat pengambilan gula berlebihan dalam makanan. 

Selain daripada itu Bajet kali ini merupakan Bajet pilih kasih, di mana RM100 juta diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya diperuntukan RM50 juta.

Malahan Bajet kali ini juga tidak menepati janji Barisan Nasional, di mana “Lebih banyak tunai jika BN menang lagi di PRU13”. 

Pada bulan April 2013 ketika melancarkan manifesto BN, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000. Tetapi sebaliknya dalam bajet 2014 BR1M hanya dinaikkan RM650. Mana janji nya ? Apakah ini dinamakan Janji Dicapati ?

Kesimpulannya Bajet kali ini akan meningkatkan kos sara hidup rakyat di mana nilai wang semakin mengecil tetapi pendapatan rakyat masih di paras yang sama sehingga rakyat masih tertekan. 

Nampaknya slogan Najib ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ hanya sekadar slogan sahaja dan gagal melaksanakannya. 

SUMBER

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: