TAUFAN PHAILIN saiznya sebesar separuh negara India |
KELAJUAN angin antara 210 hingga 220 kilometer sejam |
Ombak besar setinggi 3.5 meter mula melanda pantai di negeri Andhra Pradesh, sehari sebelum Phailin dijangka membadai wilayah itu.
MENAKUTKAN ! Taufan Phailin gergasi jelas dilihat dari satelit |
Beberapa ahli kaji cuaca menyamakan saiz dan kekuatan Phailin dengan taufan Katrina yang melanda pantai Amerika Syarikat dan New Orleans pada 2005.
260,000 sudah dipindah
ORANG ramai berpusu-pusu mencari tempat selamat |
Jabatan Meteorologi India berkata Phailin akan melanda kawasan antara Kalingapatnam dan pelabuhan utama di Paradip, Odisha.
Pusat Amaran Bersama Taufan Tentera Laut Amerika meramalkan angin kencang sehingga 305 kilometer sejam.
ORANG ramai melihat laut yang mula bergelora |
Pihak berkuasa negeri berkata 5,000 keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan dan sekolah.
Pusat pemindahan itu dilengkapi dengan catuan makanan manakala cuti untuk kakitangan kerajaan dibatalkan.
Kerajaan menyiarkan amaran puting beliung menerusi pembesar suara serta melalui radio dan televisyen ketika tiupan angin pertama dirasai di pantai dan ibu negeri ini.
Diarah berpindah
ANGIN sudah mulai bertiup kencang... |
Pihak berkuasa bekata helikopter juga sedang bersiap sedia di Barat Bengal, untuk mengagihkan paket makanan kepada penduduk yang tinggal di kawasan terpencil.
PLAN tindakan kerajaan India yang bakal di ambil |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan