KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman. |
Christian Bale sebagai Batman pada tahun 2012.Kini Batman bakal kepenjara Singapura. |
Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).
Pencerobohan: Batman memecah masuk ke dewan snooker di Pusat Membeli-belah Heights Depot di Singapura. |
Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.
Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.
Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.
Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.
Kuasa: Henry Cavill sebagai Superman pada tahun 2013 filem Man of Steel. Batman bin Suparman pula dijatuhi hukuman penjara. |
Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.
Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan