NUFFNANG

Selasa, November 12, 2013

MITSUBISIHI ATTRAGE 1.2 MAMPU MILIK DILANCARKAN DI MALAYSIA!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, bakal melancarkan model sedan terbaru Mitsubishi Attrage. Model sedan kompak tersebut kini telah dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Mitsubishi dan pelancarannya bakal dibuat November ini.

“Dengan kombinasi pengunaan bahan api 21 km/l, Mitsubishi Attrage adalah sedan paling cekap bahan api di Malaysia dan ini adalah hasil daripada aerodynamiknya iaitu (CO= 0.29). Rekabentukanya juga bergaya, luas, dan amat berbaloi untuk kereta dalam segmen B” kata Tetsuya Oda, CEO Mitsubishi Motors Malaysia.
Attrage yang mendapat status kereta eco daripada kerajaan Thai, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di sana. Attrage dikeluarkan di kilang Mitsubishi di Laem Chabang, Thailand. Nama ‘Attrage’ telah diambil daripada perkataan ‘attractive’.


Dikuasakan oleh enjin terkini 1.2 litre tiga silinder MIVEC yang mampu menjana 80 PS dan 106 Nm tork dengan berat yang cuma 915 kg, Attrage mampu mencapai penjimatan minyak 21 km/l (data dalaman berdasarkan New European Driving Cycle (NEDC). Attrage bakal ditawarkan dengan empat variant. Bermula dari transmisi manual lima-kelajuan (GL) dan transmisi automatik INVECS-III CVT (GL, GS dan SE).

LIHAT VIDEO



Kesemua varian dilengkapi dengan dua beg udara dan ABS bersama EBD. Untuk varian GS pula dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti keyless entry dengan push start button, stering dan tombol gear balutan kulit dan penghawa dingin automatik digital. Untuk SE pula ditambah dengan kit badan yang sporty, lampu siang LED, tinted, kerusi kulit dan pemain audio skrin sentuh 2-DIN dengan USB, AUX-in dan kamera undur.


Harganya bermula dari RM 59,000 (atas jalan tidak termasuk insurans). Model yang diimport sepenuhnya dari Thailand itu didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km, yang mana terlebih dahulu. Bagi 1,000 pembeli pertama yang membuat tempahan awal bakal menerima Garmin GPS.

Attrage bakal dipertontonkan secara ekslusif di Paradigm Mall Ground Floor Promotional Area berakhir hingga 8 September 2013 (Jumaat hingga Ahad ini) jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: