NUFFNANG

Khamis, November 28, 2013

RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERLALU SELESA

Sejak 20 tahun lalu, berlaku perubahan iklim di Malaysia yang berpunca daripada peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera menjadikan negara ini bakal berhadapan dengan kekerapan banjir besar.
TIDAK Mustahil bencana ini boleh berlaku kepada Malaysia...
TARIKH 8 September 2013 semestinya menjadi sebuah lagi potret ngeri buat penduduk di kepulauan Samar yang terletak di tenggara Manila, Filipina. Taufan Super Haiyan dengan kelajuan 315 kilometer per jam (km/j) membadai negara itu mengorbankan hampir 10,000 nyawa di tiga kawasan iaitu Cebu, Leyte dan Bohol.

DAHSYAT ...Taufan Haiyan dilihat dari satelit
Bencana alam yang disifatkan sebagai taufan terburuk untuk tahun ini dikategorikan sebagai taufan tahap lima mendapat perhatian seluruh dunia termasuk kerajaan Malaysia yang menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM3.2 juta selain menghantar pasukan misi bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan ke negara itu.
NEGARA Bertuah...kerap kali terselamat dari bencana alam
Ironinya, Malaysia yang terletak di Asia Tenggara jarang sekali dilanda taufan berskala besar apatah lagi bencana alam yang meragut ribuan nyawa. Damainya negara tercinta ini kerana keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar.

Namun, ia bukan bermaksud rakyatnya boleh hidup dengan aman dan berasa diri mereka selamat kerana Malaysia turut terdedah kepada punca pencemaran udara sekali gus bakal berhadapan dengan kekerapan banjir berskala besar.

Naib Pengerusi Kumpulan 1 Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), Prof. Dr. Fredolin Tangang@Tajuddin Mahmud mendedahkan berdasarkan kajian, iklim sudah berubah sejak 50 tahun lalu, malah semakin drastik sejak 20 tahun lalu akibat peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera.

Kekerapan hujan
TABURAN Hujan yang sering di luar jangkaan amat membimbangkan...
Berikutan itu, dunia mengalami kekerapan hujan yang sangat tinggi menyumbang kepada masalah peningkatan paras laut dengan purata global sebanyak 1 meter (m) sekali gus negara seperti Malaysia terdedah kepada ancaman banjir besar.

"Rekod menunjukkan menjelang abad ke-21 serantau Malaysia mencatatkan peningkatan paras laut (SLR) sebanyak 0.3 hingga 0.6 m di sekitar negara ini.

"Ia berlaku kerana kesan gas hijau yang dibebaskan sama ada secara semula jadi atau buatan manusia secara tidak terkawal sehingga ia terkumpul di atmosfera dan tidak dibebaskan dengan sempurna.
PENCAIRAN Ais di kutub utara semakin membimbangkan dunia...
"Apabila keadaan ini berlaku, ia menyebabkan bumi menjadi panas yang kita gelarkan sebagai pemanasan global. Kesan pemanasan global ialah glasier dan ais di bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair. Paras laut yang meningkat menjadi bertambah buruk apabila hujan. Kekerapan hujan yang tidak menentu memberi kesan negatif terhadap negara-negara tropika dan khatulistiwa.

"Kekerapan hujan akan mengundang kepada masalah banjir. Inilah bencana alam yang perlu dihadapi dan ditangani Malaysia saban tahun terutama dengan berlakunya peningkatan banjir besar," katanya yang turut menjelaskan pemanasan global akan menyebabkan udara dipenuhi dengan lembapan yang mengundang kepada taburan hujan yang kerap.

Beliau berkata demikian kepada!ketika ditemui dalam pembentangan mengenai Laporan Taksiran (AR5) IPCC dan kaitannya dengan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini.

Fredolin yang juga Felo Pusat Institut Perubahan Iklim (IKLIM), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesedaran rakyat Malaysia yang rendah mengenai perubahan iklim dan kekurangan pakar dalam bidang itu.

"Di Malaysia kita tidak mempunyai pakar mengenai bumi dan laut. China contohnya, sudah mewujudkan universiti khas mengkaji laut khusus kepada masalah bencana yang sedang dihadapi dunia masa kini," jelasnya yang menuntut masyarakat peka terhadap perubahan iklim.

Dalam perkembangan lain, UKM melalui FST melancarkan Tabung Kemanusiaan Tragedi Taufan Haiyan peringkat pertama sebelum ia diperluaskan kepada seluruh warga universiti itu.

SUMBER

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: