NUFFNANG

Sabtu, November 09, 2013

SUBHANALLAH VIDEO MAYAT TIDAK REPUT MALAH BERBAU WANGI DI SYRIA

Antara karamaat (mukjizat) yang sering dialami oleh Syuhada yang mati syahid adalah keluar bau harum minyak wangi kasturi dari badan walaupun mereka telah mati untuk sekian lama.
JENAZAH masih sempurna walaupun telah bertahun di kebumikan
SYRIA-Penduduk-penduduk kampung Tariq Sad, Balad, wilayah Dara'a, Syria telah menggali semula kubur sementara dua penduduk yang mati syahid, Anas Musalimah dan Ayash Walid.

Kedua-duanya dibunuh oleh pengeboman rejim tentera Syria di kampung itu. Di sebabkan pengeboman yang berterusan dan kesukaran proses pemindahan, kedua dua syuhada telah dikebumikan secara kecemasan di halaman rumah orang kampung, di dalam satu liang lahad.

Selepas pengeboman reda sedikit, beberapa hari kemudian, penduduk kampung menggali semula kubur sementara itu untuk memindahkan kedua-dua syahid ke tanah perkuburan awam. Orang kampung menggali kubur mereka dengan cangkul dan penyodok.

Semasa dua mayat ditarik naik, bau minyak wangi kasturi yang kuat telah dihidu oleh semua penduduk kampung dan wartawan yang mengikuti proses penggalian kubur.

"Mayat-mayat para Syuhada ini masih kelihatan hidup dan segar dalam kubur mereka. Wangian Kuat minyak kasturi telah dihidu daripada badan-badan mereka, Kejadian ini telah dilaporkan oleh wartawan laman web Ash-Sham yang membuat liputan secara langsung proses penggalian semula kubur syuhada ini.

"Kubur mengeluarkan bau minyak wangi yang sangat harum. Seolah-olah kedua-duanya hanya mati beberapa minit yang lalu, " Lapor wartawan mengulas kejadian ini.

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya." [Surah Al-Baqarah, 2:154]

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: