NUFFNANG

Selasa, November 05, 2013

WANITA LEBIH GHAIRAH SEKS MASA HAMIL

WANITA akan mengalami rasa lebih ghairah sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan.
SEORANG wanita dari Plymouth, England, Karen Smith mengaku bahawa selera seksnya sepanjang tempoh kehamilan sangat tinggi.

Namun, ketika kandungan anak keempatnya itu mencapai minggu ke-31, Karen berdepan masalah sejurus hubungan kelamin selesai. Karen mengalami pendarahan dan kekejangan pada bahagian pangkal rahim beberapa jam selepas berasmara.

Doktor pada awalnya memberitahu Karen, 30, situasi itu adalah normal. Namun, beberapa jam kemudian Karen diberitahu bahawa bayinya sudah tidak dapat diselamatkan.

Menurut doktor, janin lelaki seberat 2.04 kilogram itu terpaksa dikeluarkan bagi menyelamatkan nyawa Karen berikutan uri sudah terpisah dari dinding rahim.

“Pada mulanya saya menyalahkan diri sendiri kerana mengikut nafsu melakukan hubungan seks biarpun kandungan sudah mencapai tujuh bulan.
KEADAAN placenta abruptin terjadi apabila uri dan dinding rahim terpisah sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
“Tetapi doktor memberitahu bahawa hal itu adalah disebabkan oleh pendarahan uri dan bukan kerana hubungan seks,” katanya yang terpaksa melakukan proses histerektomi atau pembedahan membuang rahim demi keselamatan nyawanya.

Uri merupakan bahagian penting dalam sistem kehidupan janin kerana menjadi medium untuk menyalurkan oksigen dan nutrien daripada ibu kepada bayi. Sekiranya uri dan rahim terpisah sebelum proses kehamilan, ia akan menyekat penyaluran oksigen serta nutrien kepada janin.

Masalah pendarahan uri menyebabkan janin mengalami kekurangan oksigen dan placental abruption atau keadaan uri terpisah secara separa atau sepenuhnya daripada dinding rahim.

Antara tanda-tanda awal yang tidak diambil berat oleh Karen tentang masalah itu termasuklah kesakitan abdomen, pendarahan vagina dan degupan jantung janin menjadi tidak normal.

Biarpun dipersalahkan atas keguguran tersebut, Karen yang kini dalam siri kempen kesedaran kepada ibu hamil mengenai masalah tersebut menjelaskan hubungan seks semasa hamil sebenarnya selamat.
MENURUT pakar, Seks semasa hamil memudahkan kelahiran
“Ramai yang menyalahkan saya kerana melakukan seks. Kata mereka, sekiranya saya tidak melakukan hubungan seks pada hari itu, anak saya akan selamat.

“Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa masalah itu seharusnya dikesan lebih awal. Seks semasa hamil adalah selamat. Cuma masalah itu berlaku akibat placental abruption yang perlu dikesan lebih awal,” kata ibu kepada Jessica, 14, Jordan, 11 dan Chelsea, 7, itu.

Masalah tersebut dikaitkan berlaku ketika fasa trimester ketiga kehamilan iaitu dalam minggu ke-20 hingga kelahiran.

Seorang pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menjelaskan bahawa melakukan hubungan seksual adalah digalakkan ketika hamil dan ia selamat sehingga menjelang proses kelahiran.

Namun, bagi mengelakkan sebarang kesan tidak diingini, ibu mengandung seharusnya bertemu pakar terlebih dulu untuk mendapatkan nasihat.

“Walaupun selamat, kadangkala elok juga dapatkan nasihat doktor terutamanya bagi mengetahui keadaan kandungan sama ada berdepan masalah placenta previa (plasenta menutup bukaan rahim) di bahagian bawah rahim atau pendarahan ketika melakukan seks. Pada ketika itu seks harus dielakkan,” katanya.

Tambah Mohd. Ismail, nafsu seksual seorang wanita boleh meningkat secara mendadak ketika hamil. Justeru perasaan sayang kepada suami dan rasa ingin dibelai merupakan situasi normal dalam tempoh sembilan bulan kehamilan.

Kajian ke atas kehamilan normal turut mendapati bahawa hubungan seks ketika hamil tiada kaitan dengan kelahiran pramatang. Satu kajian lain turut mendakwa bahawa mereka yang melakukan hubungan tersebut ketika hamil kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

Pakar-pakar perubatan terutamanya dalam bidang sakit puan turut menasihati wanita yang mengalami masalah itu agar mengamalkan beberapa langkah seperti mengurangkan aktiviti yang melibatkan fizikal dan tidak melakukan hubungan seksual.

Selain itu, mereka seharusnya peka terhadap beberapa perkara termasuklah rasa sakit atau pendarahan yang tiba-tiba.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: