NUFFNANG

Selasa, Disember 03, 2013

'HILANG SEMUA' (VIDEO)

ANGGOTA polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani.
Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.
“Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”
Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.

LIHAT VIDEO

REMAJA KENALAN NOOR SYAFIKAH NADIA ABDULLAH DIREMAN

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzman Md Jan, pelajar berusia 16 tahun ditahan polis pada jam 11.30 malam tadi di Perlis dan direman 4 hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan 3 beradik di Langgar, Kedah.
Sebelum ini media melaporkan remaja di bawah umur diburu itu, teman lelaki Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14 tahun. 

Apapun status remaja itu masih lagi sebagai suspek bukan pesalah kerana mahkamah belum menjatuhkan hukuman. Dia perlu disiasat secara teliti dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan samada suspek perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

Polis juga telah mengesahkan, punca kematian, dua adik Syafikah, Nur Izzati Husna Rusdi dan Puteri Nurul Akma Rusdi, lemas setelah proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

SUMBER

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: