NUFFNANG

Rabu, Januari 22, 2014

MENCARI TAKTHA YANG SUDAH TIADA

KEMUNCULAN Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 56 tahun, yang mendakwa sebagai Sultan Melaka ke-44 selepas Melaka kehilangan sultan selama 477 tahun telah mendapat reaksi luar biasa daripada pelbagai peringkat sekali gus rentetan beritanya terus diikuti ramai untuk mengetahui kesudahan misterinya kelak.

Tentu ada keistimewaan dan misteri tersendiri yang belum terungkap di sebalik kemunculan Raja Noor Jan Shah sehingga begitu ramai terpengaruh untuk menghadiri setiap majlis diraja anjurannya yang menyerupai istiadat raja sebenar.

Anehnya mereka yang datang itu bukan sekadar rakyat jelata, malah golongan kenamaan dan berpendidikan tinggi dari segenap lapisan keturunan Melayu.
MAJLIS ADAT ISTIADAT PENGANUGERAHAN WATIKAH GELAR ADAT KALI PERTAMA  PADA TAHUN 2005.
Satu majlis diraja yang telah diadakan beliau suatu masa dulu, dengan laungan "Daulat tuanku" yang dipenuhi warna serba kuning diraja seperti balairong seri itu dinamakan "Istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kali Pertama Tahun 2005 Setelah 477 Tahun tidak Dapat Dijalankan Kerana Raja Yang Hilang Tidak Dapat Dicari Dan Kini Muncul Kembali".
DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI ALMARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
Pada istiadat tersebut Raja Noor Jan Shah menggunakan gelaran 'Sultan Ahmad Shah' sebagai mengambil sempena nama 'Sultan Ahmad Shah' Melaka Ke-9 (1516-1528) sepatutnya bertakhta, tetapi mangkat di Bentan itu ialah anak kepada sultan terakhir Melaka yang bertakhta, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Raja Noor Jan Shah dengan profesion sebagai ahli perniagaan itu diputerakan di Teluk Perang, Perak dalam tahun 1957 kemudiannya merantau ke seluruh tanah air berusaha mencari salasilah waris kesultanan Melaka sebelum menetap di Gombak, Kuala Lumpur.

Persoalan mengenai istiadat Raja Noor Jan Shah di Taman Melati itu mengapa menjadi luar biasa dan boleh mempengaruhi orang untuk datang beramai-ramai seperti tarikan besi berani?
Raja Noor Jan Shah ketika di usia muda.
Apakah ini menandakan bahawa Raja Noor Jan Shah memang pewaris kesultanan Melaka yang berdaulat dan layak menduduki takhta sekali gus bakal mencipta sejarah negara sehingga negeri Melaka kembali bersultan secara rasmi?

Berikutan penyiaran berita mengenai tuntutan oleh Raja Noor Jan Shah itu juga telah menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga menjadi isu serius!

Ada pihak yang termenung untuk mencari kebenaran dan saranan membuat kajian ilmiah bagi mencari kesudahan dakwaan Raja Noor Jan Shah itu.

Tidak kurang juga yang mencemuh dengan penuh emosi.

Bagaimanapun Raja Noor Jan Shah telah bersedia membuktikan dirinya sebagai raja yang berhak untuk menuntut takhta kerana mempunyai salasilah keturunan bernasab dilengkapi dengan peralatan kebesaran yang didakwa dari warisan asli kesultanan Melaka.

Beliau tak kisah dan tak marah dengan apa saja orang mahu kata kepadanya yang menuntut takhta sebagai Sultan Melaka ke-44 yang sah, kerana beliau mengaku dan mendakwa memang berdarah raja. Tuntutannya itu akan menjadi kenyataan meskipun berhadapan dengan pelbagai proses perundangan yang getir.

Usaha beliau ini bukan dibuat secara tiba-tiba tetapi telah menjalani proses getir selama 17 tahun menyusun salasilah keturunan bernasab secara tertib dengan sokongan fakta ilmiah bermula dari Sultan Melaka Pertama, Raja Parameswara Iskandar Shah (1392-1414).
sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijau hadiah daripada Maharaja China.
Menurut sumber, tidak memadai dengan itu beliau sendiri bersama Pawang Diraja dan Datuk Setia Panglima Raja Melaka telah berjuang bermati-matian penuh halangan misteri tanpa mengira hujan lebat ribut petir membelah bumi selama tiga setengah tahun dalam proses untuk mengeluarkan peralatan kebesaran asli kesultanan Melaka dari alam ghaib di perut bumi keramat Pulau Besar, Melaka yang tidak terjangkau oleh pemikiran biasa melainkan individu yang mengalaminya.

Tambahnya, tanpa peralatan kebesaran itu tidak sesiapa berhak untuk menuntut kembali takhta kesultanan Melaka yang berdaulat.


KESEMUA INI DI DAKWA DARI ALAM GHAIB...
Menurut sumber lagi, alat-alat kebesaran diraja yang berjaya diambil dari perut bumi itu ialah keris disandang, keris tersisip di pinggang, anak keris perak emas, pending emas perak diraja, sepasang bunga hati kiri dan kanan, sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijau hadiah daripada Maharaja China zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, Melaka ke-6 (1458-1477), sepasang burung merak pipit di atas belakang destar.
KALUNG DAN MAHKOTA JUGA DI DAKWA DIAMBIL DARI ALAM GHAIB.

Selain itu barang-barang kebesaran permaisuri tuanku seperti mahkota dan kalung sebagai alat kebesaran Kesultanan Melaka sebenar.

Ini kata-kata keramat Hulubalang Hang Tuah: "Tak Melayu hilang di dunia", Mungkinkah ada kaitannya dengan akan kemunculan kembali sistem beraja di Melaka?


'Video Kelahiran semula' Sultan Melaka [Part 1]



'Video Kelahiran semula' Sultan Melaka [Part 2]

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: