NUFFNANG

Isnin, Mac 17, 2014

Konflik pencarian MH370 cermin ketegangan serantau, lapor akhbar Amerika

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merayu negara luar berkongsi maklumat berhubung pesawat MH370 yang diperolehi daripada radar dan satelit masing-masing. Gambar fail The Malaysian Insider. 
Pencarian antarabangsa pesawat MH370 membawa banyak negara secara bersama-sama merungkai "misteri penerbangan luar biasa", tetapi Washington Post berkata ia juga mencerminkan kritikan tahap kelajuan penyiasatan, sama ada maklumat dikongsi kerajaan dan Malaysia mendapatkan maklumat cukup daripada pakar atau tidak.

Media melaporkan, China hari ini membidas cara Malaysia mengatasi krisis tersebut. Vietnam juga sebelum ini menghentikan pencarian mereka selepas mencurigai Malaysia menyembunyikan maklumat radar tertentu.

Kerajaan India pada Ahad berkata, mereka menghentikan usaha mencari dan menyelamat sementara menunggu kerajaan Malaysia memutuskan kawasan pencarian mereka.

Ketika ini, jumlah negara yang turut serta dalam misi mencari bertambah daripada 14 kepada 25 negara, menambah tahap kesulitan dalam usaha mencari tersebut.

Antagonisme ini mencerminkan sebahagian ketegangan berpanjangan di wilayah ini. Beberapa negara yang terlibat dalam misi mencari sejak sekian lama bertelagah dalam perebutan kawasan di mana pesawat tersebut terputus hubungan kali terakhir dengan menara kawalan udara, kata akhbar Amerika Syarikat itu.

Enam negara terlibat dalam pencarian sebelum ini bertelagah ke atas pulau, laut dan laluan udara di Laut China Selatan, antaranya China, Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Indonesia.

Beberapa hari lalu, pertikaian hangat antara China dan Filipina tercetus berhubung beting di Laut China Selatan.

Tetapi keutamaan pencarian dan penyiasatan mencerminkan ketegangan yang sekian lama berlanjutan di kalangan negara Asia, kata akhbar itu.

Di Washington , pegawai di sana berkata mereka kecewa kerana berpendapat FBI boleh memberi bantuan besar. Sekumpulan ejen FBI bersiap sedia untuk berlepas ke Kuala Lumpur , tetapi bantuan tersebut tidak diminta kerajaan Malaysia, kata pegawai di sana tetapi nama dirahsiakan atas alasan sensitiviti diplomatik.

Kebanyakan komen rasmi yang diperoleh semasa krisis adalah dari China. Kementerian Luar mereka menggesa Malaysia "menambah usaha mencari dan mempercepatkan penyiasatan." Negara China juga tidak henti-henti menghantar lebih banyak aset dan pegawai untuk membantu siasatan dan keadaan itu menambahkan lagi tekanan, kata akhbar itu.

Pengarang rencana Ahad dalam akhbar rasmi China, Xinhua News Agency menuduh Malaysia "mengabaikan tugas" dan "tidak bertoleransi" dalam berkongsi maklumat penting.

Desakan tersebut berlaku kerana 154 daripada daripada 239 penumpang berasal dari China dan Taiwan. Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga mempunyai sejarah tidak baik.

Sejak beberapa tahun terakhir ini, China secara agresif memasuki wilayah perairan Malaysia.

Kemungkinan faktor ini menjelaskan punca Malaysia enggan mendedahkan operasi ketenteraan dan radar gagal menjejak pesawat tersebut yang kemudiannya berpatah balik dan terbang merentasi salah sebuah bandar terbesar negara.

"Saya percaya Malaysia defensif tentang perkara ini dan malu," kata Ernest Bower, pakar Asia Tenggara di Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa.

Katanya, dengan ramai rakyat Malaysia melihat China sebagai ancaman, kegagalan radar mengesan menghantar "isyarat kepada China dan negara jiran lain, mereka tidak mampu untuk menggunakan kebolehan utama maritim dan penerbangan dengan sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, mereka sedang memperhalusinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkali-kali menekankan pendedahan data ketenteraan sebagai bukti kerajaan mengutamakan misi mencari melangkaui keutamaan keselamatan negara.

China juga dituduh mengambil langkah berhati-hati dalam mendedahkan keupayaan sebenar semasa usaha mencari.

Semasa China mengeluarkan gambar satelit minggu lalu mengenai kemungkinan serpihan pesawat, kebanyakan penganalisis mencurigai kualiti gambar tersebut serta mempertikaikan mengapa China menyembunyikan gambar yang lebih berkualiti tinggi, kata akhbar tersebut.

Pada Ahad, kerajaan Malaysia merayu kepada banyak negara untuk berkongsi maklumat satelit dan radar sekitar dua kawasan baru usaha mencari dan menyelamat yang diumumkan.

Bagaimanapun, Hishammuddin tidak menjelaskan negara yang bersetuju dengan permintaan tersebut atas alasan isu keselamatan negara. -17 Mac, 2014.

-themalaysianinsider-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: