NUFFNANG

Rabu, April 23, 2014

Kejadian Pelik Ratusan Ikan Melompat-Lompat Di permukaan Sungai

Di Springfield beratus-ratus ikan kap perak melompat-lompat di atas permukaan air seperti ketakutan di Sungai Illinois, Amerika Syarikat (AS).


Fenomena itu berlaku kerana terdapat getaran yang terhasil daripada motor elektrik bot pemancing.

Ikan itu menganggap getaran yang berlaku sebagai kehadiran gempa bumi atau Tsunami dan akan bertindak balas dengan melompat sehingga setinggi tiga meter. Lihat ikan pun takut dengan bencana alam yang dahsyat itu, bagaimana pula dengan manusia?
Mampu melompat sehingga setinggi tiga meter
Pemandangan menakjubkan itu dirakamkan oleh seorang pengarah dokumentari, John Downer di Sungai Illinois yang merupakan cawangan Sungai Mississippi di AS.

Downer berkata, tindakan ikan itu yang boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram mampu menyebabkan bot terbalik dan mengakibatkan kecederaan kepada manusia.

LIHAT VIDEO KEJADIAN LUAR BIASA INI...

"Krew-krew penggambaran saya terpaksa pulang untuk mencari peralatan perlindungan.
"Bagaimanapun, bagi pemancing, ia umpama syurga kerana mereka tidak perlu memancing dan ikan itu pastinya akan melompat ke dalam bot," ujarnya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: