NUFFNANG

Selasa, April 22, 2014

Ketahui Bahayanya Virus MERS-Cov

Virus MERS Lebih Bahaya Dari SARS
Virus MERS-Cov Lebih Bahaya Dari SARS?

Ini ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh  pihak pakar perubatan yang mengesahkan Virus Mers memiliki beberapa persamaan ketara dengan SARS. Namun Virus MERS-Cov ini amat mudah merebak serta lebih bahaya berbanding virus SARS.

Penyebaran Virus SARS

Virus SARS tersebar melalui titisan cecair. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan menyebarkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara dan mencemari individu atau objek yang berdekatan. Virus boleh kekal hidup beberapa hari jika tidak dibersihkan. Jangkitan virus SARS ini berlaku pada minggu kedua penyakit kerana tempoh tersebut merupakan kemuncak virus dikumuhkan melalui titisan cecair dan najis dan apabila penyakit yang teruk semakin reda.

Penyebaran Virus MERs-Cov
Virus MERs-Cov
Berbeza dengan SARS, pihak pakar perubatan masih belum dapat memastikan bagaimana virus MERS.Cov ini disebarkan. Samada menerusi air liur, pernafasan atau dengan sentuhan. Namun mereka megesahkan sebahagian daripada pesakit yang dijangkiti berada di dalam kedudukan yang agak jauh di antara satu sama lain. Namun mereka masih dijangkiti. Itu yang mengahirankan ramai pakar. 

Bahayanya MERS-Cov

Penghidap MERS-Cov kebiasaannya mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Langkah-Langkah Pencegahan MERS-Cov

Biarpun medium penyebaran virus MERS-Cov ini masih belum dapt dipastikan, namun langkah pencegahan SARS ini boleh digunapakai:

1. Elakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas
2. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air dan jaga kebersihan diri.
3. Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut.
4. Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
5. Jika anda berada dekat (dalam lingkungan satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala MERS semasa dalam perjalanan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk melindungi mulut dan hidung.
6. Segera dapatkan rawatan jika sakit. Maklumkan kepada pihak kesihatan jika ada yang pernah ke kawasan yang dijangkiti MERS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: