2-Sebuah pulau kecil tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari pantai dan 4 kilometer dari pulau utama iaitu Pulau Besar, menyimpan peninggalan sejarah berharga yang belum terungkai sehingga kini.
3-Paling mengejutkan, harta karun dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit masih tertanam di pulau berkenaan.
4-Pulau Nangka yang diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dikelilingi tidak kurang 10 pulau-pulau lain termasuk dua daripadanya dihuni manusia, sebelum ini pernah mendapat perhatian seketika.
MENGEMPARKAN negara! pelatih komando hampir maut berhampiran Pulau Nangka |
VIDEO PENCARIAN HARTA KARUN BERMULA...
6-Bagaimanapun, pendedahan media minggu lalu lebih menarik perhatian daripada kisah di atas, apabila Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan melantik sebuah syarikat untuk mengkaji dan mengeluarkan harta karun dipercayai berada di pulau berkenaan.
7-Pendedahan itu bukan daripada sumber bukan-bukan, sebaliknya keluar dari mulut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri yang dengan penuh yakin Pulau Nangka menyimpan banyak harta berharga.
8-Malam kelmarin, ketika menghadiri majlis makan malam sebuah majlis di kediamannya di Seri Bendahara, Melaka, Idris mengakui usaha mencari harta karun tersebut sebenarnya sudah bermula sejak kira-kira 30 tahun lalu secara senyap.
PULAU NANGKA |
10-Hanya selepas bertukar lima ketua menteri, akhirnya ketika Idris yang mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu mengambil keputusan mendedahkan kepada umum mengenai penemuan itu.
11-Idris mengakui, memang selama ini kerajaan negeri merahsiakan penemuan artifak yang mempunyai tidak kurang 20 bilik dan tersimpannya harta karun itu pada pengetahuan umum, khususnya rakyat Melaka.
12-Menurutnya, sebelum mendedahkan umum, beliau terlebih dulu mahu memastikan dakwaan berhubung penemuan artifak dan harta karun itu adalah sahih, bukan sekadar cerita dongeng.
14-"Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula," kata Idris.
15-Beliau berkata, misi mengeluarkan harta berkenaan bukan satu tugas yang mudah kerana harta karun itu ada 'penjaganya'.
16-Bagaimanapun, katanya, usaha dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan rakyat mungkin menyebabkan harta karun itu sukar dibawa keluar, lantas akhirnya Idris merasakan adalah lebih baik diwar-warkan kepada umum.
Video Pintu masuk utama Gua Pulau Nangka berjaya dibuka...
17-"Dulu kita lakukan secara senyap-senyap, tapi nampaknya tidak berhasil. Kita rasakan sudah sampai masanya perkara ini disebarkan kepada umum. Mana tahu, mungkin dengan cara ini akan lebih mudahkan usaha pencarian," katanya di hadapan kira-kira 800 orang pada program berkenaan, malam kelmarin.
18-Dikuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang mendakwa Sultan Melaka dahulu mempunyai satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek diperbuat daripada emas.
19-Beliau berkata, harta yang dimiliki hasil cukai pedagang luar negara itu kemungkinan disembunyikan di pulau berkenaan ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 kerana ditakuti istana diserang dan ditawan.
20-Ternyata, apa dikatakan Idris bukanlah hanya satu angan-angan kosong dan kerana itu tidak ada apa lagi perlu disorokkan daripada pengetahuan orang ramai.
KERJA-kerja...membuka pintu gua sedang dilakukan... |
22-Seandainya harta berkenaan ditemui, apakah akan dilakukan Kerajaan Negeri Melaka? Itulah soalan yang berlegar di fikiran sebahagian rakyat Melaka yang ditemui pada majlis sama.
23-Menurut Idris, sekiranya ditakdirkan harta berkenaan ditemui, itu bermakna ia rezeki dan nikmat kepada seluruh rakyat Melaka, namun tidak menyatakan secara terperinci faedah dimiliki hampir satu juta penduduk di negeri berkenaan.
24-"Ia boleh digunakan kerajaan negeri untuk membangunkan negeri selain ganjaran kepada kumpulan yang berusaha. Tapi kalau tiada, tak apalah," katanya.
PULAU Nangka juga di gelar Pulau Harta Karun |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan