NUFFNANG

Ahad, Mei 04, 2014

2,100 penduduk Afghanistan 'ditelan' bumi

LEBIH 2,100 manusia ditelan bumi hidup-hidup.
KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 2,100 orang dikhuatiri maut manakala kira-kira 4,000 lagi kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan di timur laut Afghanistan.


LIHAT VIDEO

Jurucakap Gabenor wilayah Badakhshan, Naweed Forotan mengesahkan seramai 300 keluarga yang tinggal di kampung Hargu, daerah Argo telah tertimbus dalam kejadian terbabit.
Susulan daripada tragedi menggemparkan itu, Presiden Hamid Karzai turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan tindakan segera akan diambil untuk mencari penduduk yang mungkin terselamat.
RIBUAN manusia ditelan bumi hidup-hidup dibawah runtuhan tanah ini
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan di sekitar kawasan tanah runtuh di kampung Hargu, daerah Argo.
Timbalan Ketua Polis Badakhshan, Abdul Qadeer Sayad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan pihak berkuasa dengan hanya menggunakan peralatan asas menggali.
LOKASI KEJADIAN
"Insiden runtuhan itu dipercayai berlaku sebanyak dua kali dan ia berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan itu sejak lebih seminggu lalu.

"Penduduk di sekitar daerah terbabit termasuk dari Takhar turut sama membantu dalam operasi tersebut, namun ia sukar dilakukan kerana lumpur setebal 100 meter," jelasnya dipetik Reuters.
PENDUDUK perkampungan Abi-Barik di wilayah Badakhshan di timur laut Afghanistan mencari anggota keluarga yang tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh semalam.
Menurutnya lagi, masalah itu mungkin boleh diatasi dengan penggunaan peralatan menggali yang lebih canggih.

Difahamkan, tentera juga terpaksa menggunakan helikopter untuk menghantar pasukan penyelamat mereka di kawasan bencana terbabit berikutan kebanyakan jalan utama telah rosak akibat cuaca tidak menentu.

Sementara itu, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dilaporkan sudah bersiap sedia untuk membantu operasi tersebut, namun kerajaan Afghanistan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

LIHAT VIDEO

Dalam satu kenyataan, jurucakap Misi PBB di Kabul, Ari Gaitanis memaklumkan fokus utama mereka adalah untuk membantu kira-kira 4,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

"Mereka amat memerlukan bantuan makanan, bekalan air bersih, ubat-ubatan dan tempat tinggal sementara," katanya. 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: