NUFFNANG

Sabtu, Mei 24, 2014

Gempar Pelajar tumbuk cikgu disiplin sampai pecah mulut

JOHOR BAHRU 23 Mei - Seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Taman Putri Kulai dekat Kulaijaya cedera di bahagian mulut selepas dipercayai dipukul oleh seorang pelajar sekolah berkenaan semalam.

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Taman Putri Kulai dekat Kulaijaya, 
Difahamkan, pelajar tingkatan dua itu bertindak demikian selepas dimarahi guru lelaki berkenaan ketika berada di surau sekolah tersebut.
GURU MALANG, di tumbuk murid sendiri
Menurut murid-murid yang melihat kejadian tersebut, cikgu disiplin itu tidak melawan setelah di tumbuk walaupun ketika itu mulutnya berlumuran darah akibat tumbukan yang keras dan kuat. Malahan menurut murid-murid yang berada di tempat kejadian, guru disiplin itu cuba untuk menenangkan murid tersebut.
LOKASI KEJADIAN, sekolah ini berhampiran Taman putri Kulai Fasa 6
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan memandangkan tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
INILAH PELAJAR tingkatan dua itu, setelah berjaya ditenangkan...

Gambar pelajar terbabit dan guru tersebut dalam keadaan berdarah di bahagian bibir turut dimuat naik di laman sosial dan blog.
Gambar pelajar terbabit dan guru tersebut  turut dimuat naik di laman sosial dan blog.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Ishak Mahbob memaklumkan, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supritendan Mohad. Idris Samsuri ketika dihubungi memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

ADMIN : Jika benar itu puncanya, memang pelajar itu boleh dikategorikan sebagai amat melampau dan biadap.

Di sekolah pun sudah berani belasah guru, kalau di rumah tak tahulah bagaimana layanannya terhadap ibu-bapa. Hmm…

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: