NUFFNANG

Sabtu, Mei 24, 2014

Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati produk coklat susu dengan kacang hazel mempunyai DNA babi.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

sumber

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Adakah peralatan menguji DNA di Jakim sudah usang hinggakan tidak boleh mengesan DNA babi dalam coklat Cadbury? Berapa banyak lagi produk yang tercemar diluluskan sebagai halal oleh Jakim?

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: