NUFFNANG

Khamis, Mei 15, 2014

TERKINI: Jangan letak beg di tempat duduk penumpang

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai khususnya pemandu wanita tidak meletak beg tangan di tempat duduk penumpang.

Untuk makluman semua... jika terdapat atau ternampak alat seperti gambar dibawah ini di simpan dalam motorsikal atau di bawa seseorang ianya adalah satu alat yg dicipta untuk memecahkan cermin tingkap kereta di traffic lights atau masa berhenti kereta dan mengambil beg mangsa... 
INILAH Alat pemecah cermin ciptaan penjenayah...dengan sekali hayun berderai cermin kereta! 
Hati-hati! dan maklumkan pada Polis berdekatan untuk tindakan.....
Yang putih bahagian hujung tu adalah kepala spark plug, ceramic yang mampu memecahkan cermin dengan sekali libasan..
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata, sepanjang dua minggu ini sudah 10 laporan diterimanya di mana cermin kereta dipecah dan beg tangan mangsa disamun.

Menurutnya, modus operandi samun sebegini adalah ketika keadaan trafik sesak sama ada ketika hujan lebat atau di lampu isyarat dan paling kerap menjadi mangsa adalah wanita.
“Bila pemandu (wanita) meletakkan beg tangan di tempat penumpang , ia akan memudahkan suspek datang dan memecah cermin kereta tersebut.

“Suspek akan datang menaiki motosikal sebelum salah seorang memecahkan cermin kereta berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: