NUFFNANG

Selasa, Jun 17, 2014

KRISTIAN SARAWAK TUNTUT PIHAK BERKUASA ISLAM SELANGOR DILARANG MASUK BUMI KENYALANG

Pertelingkahan berterusan terhadap rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor mencetuskan kemarahan penganut Kristian Sarawak yang kini menuntut negeri itu melarang pegawai penguatkuasa agama Islam Selangor memasuki Bumi Kenyalang.

Sarawak melarang kemasukan individu yang mereka label sebagai ekstremis agama walaupun daripada negeri berlainan.

Rakyat Semenanjung Malaysia memerlukan dokumen identiti perjalanan untuk memasuki Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
 Datuk Mohd Adzib Mohd Isa.
Penganut Kristian mahu ia dimasukkan dalam senarai hitam dan ini termasuk pegawai rasmi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terutama Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa.

"Mereka adalah ekstremis agama dan harus dilarang memasuki negeri ini," kata Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Che How semalam di Kuching.

Beliau mengumumkan tuntutan itu selepas menemani beberapa pemimpin Kristian membuat laporan polis terhadap Mais dan Jais kerana enggan menyerahkan Bible yang dirampas Jais daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari lalu.

"Mereka layak diharamkan," kata See merujuk kepada polisi yang ditetapkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem melarang ekstremis agama memasuki Sarawak.

Kemarahan semakin memuncak di negeri itu terhadap dua jabatan agama negeri Selangor yang tidak bertoleransi apabila enggan memulangkan Bible versi bahasa Melayu dan Iban meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pejabat Peguam Negara.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani patail berkata, PBM bebas daripada sebarang salah laku, namun Mais berkata ada kesalahan yang dilakukan pertubuhan mengikut enakmen negeri Selangor.

Mais juga kini sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk memusnahkan semua 321 Bible yang dirampas.

Mais juga melibatkan Jais, yang berada di bawah bidang kuasa mereka untuk tidak menuruti arahan dikeluarkan kerajaan negeri Selangor kerana "negeri tidak mempunyai kuasa" berhubung perkara itu.

Bible itu diperuntukkan untuk kegunaan Sabah dan Sarawak mengikut terma Perjanjian 10 Perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport.

Pengerusi PKR Cabang Mas Gading, Boniface Willey Tumek dan setiausahanya Francis Teron turut mempersoalkan kedegilan Mais kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

"Adakah Mais mempunyai kuasa melebihi kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Peguam Negara yang mana menentukan pendakwaan jenayah dilakukan?" soal mereka.
Mereka berkata, kenyataan Adzib menolak arahan peguam negara mengesahkan perkara itu.

"Kristian dan mereka yang berhaluan kanan menyangka tindakan peguam negara logik, untuk memberikan arahan jelas dan spesifik kepada Jais menyerahkan Bible itu,” katanya.

Teron, seorang peguam berkata, "arahan" peguam negara kepada Jais samar-samar dan khuatir pihak berkuasa agama itu melihatnya sebagai "sambil lewa".
Dua pemimpin cabang PKR itu berkata keengganan itu memperlihat kecacatan sistem kehakiman negara.

"Kehilangan keyakinan dalam perundangan adalah berita buruk untuk rakyat Malaysia.
"Peguam negara mesti mengingatkan Jais dan Mais mereka tidak melebihi mahkamah.
"Bible itu harus dilpulangkan kepada PBM tanpa berlengah lagi,” katanya.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian "tercengang" dengan perkara itu.
"Perdebatan di semenanjung kini bertukar menjadi persoalan sama ada Mais dan Jais menjawab kepada sultan atau negeri.

"Kristian di Sabah dan Sarawak bagaimanapun tidak berminat siapa tuan kepada badan ini.

"Semua itu membimbangkan kami, kami tertinggal sendirian untuk mengamalkan ajaran kami dengan tenang. Kenapa Bible kami dirampas sedangkan perdana menteri dan menteri memberi jaminan penghakiman kalimah Allah tidak menjejaskan kami.

"Semua Bible itu untuk Kristian di sini. Siapa umat Islam yang akan keliru dan bagaimana mereka keliru sedangkan mereka tidak ada kena mengena dengan Bible itu," katanya.

Katanya, Mais dan Jais seharusnya malu dengan diri sendiri kerana melibatkan agama mereka dengan hak penganut Kristian dalam negara.

"Daripada laporan sebelum ini, rumusan dibuat umat Islam lemah dan memiliki pegangan agama yang lemah dengan hanya keliru sedangkan penerbitan itu tidak melibatkan mereka.

"Mais dan Jais gagal untuk menimbulkan kes secara rasional dan masuk akal, daripada daripada bayang-bayang murtad yang tidak berlaku.

"Dengan menolak keputusan peguam negara, mereka menunjukkan sikap tidak peduli terhadap undang-undang negara ini. Kami perlu mempersoalkan mereka berjawatan tinggi - kerosakan yang mereka lakukan dalam negara dan komuniti pelbagai agama tidak mudah diperbaiki," kata Baru.

Beliau berkata, dengan menolak arahan peguam negara,"Mais dan Jais memberitahu kita mereka lebih berkuasa daripada Perlembagaan."

Katanya, lebih menyakitkan apabila pemimpin "tidak boleh diharap" dalam isu ini.
"Mana perdana menteri apabila kita perlukan pemimpin untuk menghentikan perkara ini?

"Pihak berkuasa agama ini umpama kanak-kanak yang cuba melintasi sempadan untuk melihat berapa jauh mereka boleh pergi." – 17 Jun, 2014.

SUMBER

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: