NUFFNANG

Ahad, Jun 08, 2014

TUMPANG SEKAKI BUAT TEORI MH370

1- Dua hari lagi, pada 8 Jun, genaplah tiga bulan atau dalam kiraan hari 93 hari penerbangan MH370 hilang. Dalam bahasa puisi bolehkah Kunta Kinte kata, hilang tanpa kesan.

2- Satu laporan media massa antarabangsa yang Kunta Kinte baca baru-baru ini sifatkannya sebagai ‘flight into oblivion’ – terbang entah ke mana. Kecualilah ada perkembangan besar atau jelas, Kunta Kinte bimbang makin hari tambah ramai orang akan lupa tragedi ini. 

3- Macam-macam teori dan ramalan kita dah dengar. Ada yang masuk akal dan ada yang setakat jadi bahan ketawa. Tapi kita tak boleh salahkan sesiapa. Tanpa maklumat sahih, orang akan buat teori, ramalan dan dakwaan.

4- Apa kata dalam pesawat itu ada muatan uranium gred bom? Banyak negara dan gerakan haram yang sanggup bayar berbilion dolar untuk dapatkan bahan nuklear macam itu. Atau pesawat itu bawa berpuluh-puluh tan jongkong emas, dan ada antara orang tahu hal itu telah buat angkara. Kalau jongkong emas sebanyak itu lesap, banyak pihak akan cuba rahsiakan”

5- Ada yang kata pesawat itu kena sabotaj oleh kakitangan MAS sendiri, kena rampas oleh penumpang, mangsa ujian saintifik oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), kena culik oleh orang angkasa lepas (alien) dan kena sembunyi oleh orang bunian.

JALAN KE KAMPUNG SERI BUNIAN, PONTIAN JOHOR.
6- Baru-baru ini Kunta Kinte lalu Kampung Seri Bunian di Johor. Taklah pula dengar cerita kata ada kejadian atau pergerakan luar biasa di situ. Kunta Kinte ingat cerita orang bunian ni hanya ada dalam filem Melayu zaman dulu. Rupa-rupanya dalam abad ke-21 ni pun ada lagi orang percaya kepada hal-hal karut-marut.

7-Dari awal lagi Kunta Kinte pun ada teori berkenaan pesawat itu. Tapi Kunta Kinte simpan dalam hati pasal takut kena tuduh tak sensitif. Selepas dekat tiga bulan, Kunta Kinte rasa bolehlah kot Kunta Kinte kemukakan teori Kunta Kinte. Itu pun dengan izin dan mohon maaf.

8- Muatan berharga dan strategik
Nombor satu, apa kata kalau pesawat itu bukan saja bawa penumpang dan muatan buah manggis tapi juga kargo yang sangat berharga dan strategik?

9- Tak kiralah sama ada diketahui atau tidak diketahui oleh MAS dan pihak-pihak lain. Kita dah tahu macam mana mudahnya nak seludup sesuatu melalui lapangan terbang kita. Kalau tidak macam mana penyeludup boleh seludup dadah bernilai berjuta ringgit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Itu yang dikesan. Yang bolos? Penumpang guna pasport curi pun ada dalam pesawat yang hilang itu.

10- Jadi kalau ada orang atau pihak yang berniat jahat dan berkehendakkan sebuah kapal terbang awam, maka KLIA adalah antara tempat terbaik untuk laksanakan konspirasi mereka.

11- Apa kata dalam pesawat itu ada muatan uranium gred bom? Banyak negara dan gerakan haram yang sanggup bayar berbilion dolar untuk dapatkan bahan nuklear macam itu.

12- Apa kata pihak yang seludup bahan nuklear itu tak mahu MH370 sampai ke destinasi asalnya iaitu Beijing? Apa kata mereka ada cara atau teknologi untuk alih arah penerbangannya ke satu tempat rahsia, termasuk dasar laut. Bila orang tak tengok, mereka selam dan ambil bahan itu.

13- Atau pesawat itu bawa berpuluh-puluh tan jongkong emas, dan ada antara orang tahu hal itu telah buat angkara. Kalau jongkong emas sebanyak itu lesap, banyak pihak akan cuba rahsiakan. Kita kena tahu yang emas bukan saja laku sebagai hiasan. Ia lebih berharga sebagai penyokong nilai mata wang dan ekonomi sesebuah negara. Lagi banyak rizab jongkong emas yang disimpan oleh Bank Pusat sesebuah negara, lagi kuatlah mata wang negara itu.

14- Di pihak lain pula, negara di dunia tidak mahu nilai mata wang mereka naik atau turun dengan mendadak sebab akan jejas perdagangan antarabangsa dan kadar inflasi dalam negara. Jadi bila mereka kurangkan atau tambah rizab emas, mereka akan rahsiakan sampailah ke satu masa yang sesuai.

15- Imej kita dah calar-balar
Semua teori, ramalan dan dakwaan berkenaan MH370 itu akan kekal teori, ramalan dan dakwaan selagi pesawat jenis Boeing 777-200ER itu tak ditemui. Kalau jumpa pun, belum tentu kita akan tahu segala-galanya.

16- Nak terus salahkan orang itu dan ini pun susah. Nasi dah tumpah ke tanah. Kalau setakat jadi bubur boleh juga makan dengan ikan kering atau telur masin. Imej kita dah calar-balar. Satu dunia dah tahu buruk baik kita. Nasib baiklah ada banyak negara yang atas dasar perikemanusiaan bantu kita. Sekarang operasi cari pesawat itu dah jadi macam tanggungjawab Australia pula.

17-Kunta Kinte tak berani kata sama ada kita telah belajar daripada tragedi ini dan jadi lebih teliti, lebih bersedia dan lebih teratur.

18- Atau macam tragedi dan peristiwa buruk yang berlaku sebelum ini, ia akan sekali lagi jadi cerita walhasil balik asal itu fasal tak hasil. Wallahuaklam.

-Kunta Kinte-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: