Ia sekaligus menimbulkan kekecohan dan pelbagai pendapat kerana perbuatan itu ternyata bercanggah dengan syariat Islam.
Untuk makluman, memakan haiwan ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khirul Adnan Hamid telah berkongsi ‘berita panas’ mengenai sebuah kolam penternakan ikan patin yang dikatakan mengandungi tulang babi.
Dia turut menyertakan beberapa gambar sebagai bukti penemuan itu.
Setakat ini, status tersebut telah dikongsi oleh 18,898 pengguna akaun yang lain.
Kami sendiri tidak berani untuk mengesahkan kebenarannya, namun kami yakin akan ada pihak berwajib yang akan tampil sedikit masa lagi untuk memberi penjelasan memandangkan perkara ini sudah viral di media sosial.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan