NUFFNANG

Jumaat, Julai 18, 2014

MH17: NASIB MH17 YANG DILAPORKAN TERHEMPAS DI TIMUR UKRAINE BELUM DIKETAHUI

Pesawat Malaysia Airlines dipercayai ditembak di Ukraine
AMSTERDAM - Situasi pesawat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa sejumlah 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas
berhampiran sempadan Ukraine, Rusia mula membanjiri laman media sedunia sebentar tadi.
Pihak MAS dalam laman Twitter mengatakan bahawa pesawat MH17 dari Amsterdam gagal dihubungi dan lokasi terakhir dikesan adalah berdekatan Ukraine.

LIHAT VIDEO :

Sumber penerbangan dari Moscow memberitahu kepada Reuters bahawa pesawat tersebut kelihatan sedang terbakar telah terhempas di bahagian timur Ukraine.

Sumber berkenaan turut melaporkan pesawat tersebut gagal memasuki ruang udara Rusia.

Menurut Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko yang juga dipetik daripada AP menyatakan bahawa pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu pada kedudukan ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

LIHAT VIDEO :

Walau bagaimanapun, pengesahan mengenainya belum dapat disahkan secara rasmi.

Sejak kebelakangan ini, beberapa pesawat tentera telah ditembak oleh kumpulan peluru berpandu ini di bahagian timur Ukraine di mana pemberontak pemisah pro-Rusia telah berjuang memerangi tentera kerajaan.

Sumber:  kosmo.com.my
Video: Youtube / businessinsider.my

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: