NUFFNANG

Khamis, Julai 24, 2014

TRAGEDI MH17: BAGAIMANA NAJIB 'BOLEH'

Akhbar terkemuka, New York Times, lapor dan puji pencapaian PM M'sia
Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan Malaysia sudah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine dicapai melebihi kemampuan kuasa besar yang gagal melaksanakannya.

Demikian laporan akhbar terkemuka New York Times semalam.

Datuk Najib dalam sidang media yang disiarkan secara langsung awal pagi semalam berkata perjanjian dengan Ketua Pemisah Ukraine, Encik Alexander Borodai, membabitkan pengurusan mayat mangsa MH17 untuk dibawa dengan kereta api ke Kharkiv, bandar yang dikuasai pemerintah Ukraine.

Enam wakil Malaysia akan memantau pemindahan mayat-mayat terbabit di Kharkiv untuk diserahkan kepada jagaan Belanda.

Menerusi perjanjian itu, mayat dan wakil Malaysia akan dibawa menaiki pesawat Hercules C-130 ke Belanda untuk proses mengenal pasti identiti dan pengasingan mayat.

Sekiranya semua peserta menghormati perjanjian itu, ia merupakan kejayaan diplomatik bagi Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata sejak beberapa hari lalu ada ketikanya beliau mahu bersuara lebih lantang meluahkan kemarahan dan kesedihan rakyat Malaysia.

"Itulah yang saya rasakan. Namun, kadangkala, kita perlu bekerja dengan senyap bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

"Saya faham buat semua keluarga, tiada apa yang dapat memulihkan kerosakan ini. Nyawa yang pergi tidak boleh diambil semula dan maruah yang hilang tidak akan kembali.

"Hati saya sentiasa bersama orang tersayang yang hilang pada MH17. Kami berharap dan berdoa bahawa perjanjian yang dicapai malam ini dapat membantu mereka ke arah yang lebih jelas," jelasnya lagi.

Perjanjian itu adalah hasil daripada usaha diplomasi agresif oleh Datuk Najib, yang mengadakan beberapa panggilan telefon rahsia dengan Encik Borodai.

Seorang yang rapat dengan perbincangan itu berkata Encik Borodai memutuskan bahawa beliau hanya akan melepaskan kesemua 282 mayat mangsa MH17 dan dua kotak hitam kepada Malaysia, walaupun Malaysia akan memindahkan mayat itu ke Amsterdam dan menyerahkan kotak hitam itu bagi siasatan antarabangsa.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang berkata Datuk Najib tidak kelihatan begitu kritikal terhadap golongan pemisah atau Russia.

Perjanjian dengan puak pemisah menyusuli perbincangan diplomasi selama empat hari oleh pegawai-pegawai kanan Malaysia - termasuk Menteri Luar dan Menteri Pengangkutan Malaysia - yang dikejarkan ke Kiev, Moscow dan Amsterdam untuk mendapatkan perjanjian.

Malaysia, khususnya Datuk Najib, telah memainkan peranan lebih besar dalam perjanjian diplomatik di Asia Tenggara sejak beberapa tahun lalu dan memanfaatkan kemahiran itu untuk berurusan dengan puak pemisah.

Awal tahun ini, Datuk Najib membantu memeterai perjanjian antara pemerintah Filipina dengan puak pemisah di selatan negara itu. Datuk Najib juga memainkan peranan dalam mendesak pemerintah tentera Myanmar supaya bergerak ke arah pemerintahan demokrasi.

Namun satu persoalan penting yang masih belum jelas ialah mengapa pemisah Ukraine memilih mahu memeterai perjanjian dengan Malaysia sedang golongan itu menghadapi tekanan hebat oleh banyak negara supaya melepaskan kesemua mayat mangsa dan menyerahkan kotak hitam.

Salah satu kelebihan yang mungkin dimiliki Malaysia ialah mereka ahli terkemuka gerakan berkecuali negara-negara membangun yang cuba mengemudi sewaktu Perang Dingin untuk bersifat neutral antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.

"Namun, kadangkala, kita perlu bekerja dengan senyap bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Saya faham buat semua keluarga, tiada apa yang dapat memulihkan kerosakan ini. Nyawa yang pergi tidak boleh diambil semula dan maruah yang hilang tidak akan kembali."

- Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: beritaharian.sg

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib jolok duit la tu..ntah brp juta..

Tanpa Nama berkata...

fitnah org bukan main la ko ni...taubat la

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: