PULAU Dayang Bunting |
LIHAT VIDEO
Pemandangan itu dapat dilihat di sepanjang perjalanan menaiki bot dari Pulau Langkawi ke Pulau Dayang Bunting yang mengambil masa kira-kira 15 minit.
Air daripada tasik pulau itu dipercayai dapat merawat kemandulan dengan cara minum atau mandi dengannya. Sehingga ke hari ini, masih ada kepercayaan wanita yang sukar mendapatkan anak, akan dikurniakan cahaya mata jika mandi di dalam tasik itu.
Terdapat banyak versi cerita rakyat berkenaan asal-usul pulau itu. Bagaimanapun, sehingga kini kebenaran cerita itu belum dibuktikan lagi.
DARI SISI TEPI KELIHATAN SEPERTI PEREMPUAN SEDANG MENGANDUNG |
DARI SUDUT ATAS KELIHATAN SUSUK TUBUH WANITA SEDANGMENGANDUNG |
CERITA legenda Puteri Dayang Sari dan asal-usul Pulau Dayang Bunting diabadikan pada plak yang terdapat di pulau tersebut. |
Apabila dia berbuat demikian, Puteri Dayang Sari terus jatuh cinta dengan ketampanan Putera Teja dan mereka pun berkahwin. Selepas berkahwin, Puteri Dayang Sari hamil. Malangnya bayi itu meninggal dunia selepas tujuh hari dilahirkan akibat penyakit misteri.
Puteri Dayang Sari merasakan perkahwinannya dengan Putera Teja merupakan satu kesilapan. Selepas mengebumikan bayi tersebut, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali ke kayangan dan tidak kembali lagi. Setelah peristiwa tersebut, tasik itu dinamakan Tasik Dayang Bunting sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan malang itu.
Gergasi
PENUNGGU TASIK DAYANG BUNTING |
Ada juga yang mengatakan pulau itu berpenunggu kerana pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu, seorang askar Jepun yang mandi di tasik itu dalam keadaan berbogel dibaham seekor buaya putih penunggu tasik tersebut.
Cerita ini timbul sebelum perang lagi dan ia diterjemahkan dalam pelbagai versi yang berlainan. Tiada kajian menyeluruh untuk membuktikan kebenaran cerita mengenai pulau ini.
PULAU Dayang Bunting terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Langkawi. |
BUAYA PUTIH INI DIKATAKAN JELMAAN |
Cerita kononnya wanita yang sukar mendapatkan anak, hamil selepas minum dan mandi menggunakan air dari tasik itu suatu kebetulan sahaja dan bukan sebab air dari tasik yang didakwa sebagai penawar kemandulan itu.
LIHAT VIDEO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan