NUFFNANG

Selasa, Oktober 28, 2014

GAMBAR BUDAK DITELAN ULAR SAWA DI FB PALSU

Kuala Lumpur: Penyebaran gambar yang mendakwa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa di Kampung Tualang, Perak adalah palsu.

Jurucakap Pengurusan Korporat Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di Kampung Kindu, Tuaran, Sabah, baru-baru ini.

Menurutnya, seorang remaja mendakwa rakannya ditelan seekor ular sawa bagaimanapun ia adalah sekadar rekaan.

“Difahamkan remaja terbabit ke kawasan itu bersama rakannya untuk mencuri ikan tetapi disedari oleh pemilik kolam itu.

“Remaja terbabit kemudian mereka cerita rakannya ditelan ular sawa bagi melepaskan diri,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, gambar ular yang diletakkan bersama gambar kejadian terbabit adalah palsu kerana ia adalah jenis Anaconda berasal dari Amerika Selatan dan bukannya ular sawa.

“Gambar itu adalah carian internet yang diletakkan bersama gambar kejadian bagi menyakinkan orang ramai berhubung perkara itu,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu kerana ia hanya akan menimbulkan kerisauan.

Sumber: hmetro.com.my

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: