IRIZ SE-GAH NAMANYA |
2- Pelancaran model Proton segmen B serba baru – dengan nama Iriz – merubah segalanya apabila lokasi itu bagaikan melimpah dengan kedatangan penulis, jurugambar dan sebagainya, semua untuk menyambut kedatangan hatchback yang telah ditunggu lama.
5- Enjin 1.3L pula mengeluarkan 94hp pada 5,750rpm dan 120Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin ini menggunakan suntikan ke dalam intake port (bukan direct injection) dan tiada turbo.
6- Ini memberi kelebihan kepada Iriz jika dibandingkan dengan pesaing segmen iaitu Myvi dengan 90hp dan 150Nm. Namun, jika diambil prestasi dengan kapasiti enjin sama bagi kedua-dua model, Myvi (dan enjin 1.3L-nya) bergerak kehadapan.
7- Apa yang menjadikan Iriz lebih menyakinkan adalah senarai spesifikasinya. Paling berkesan adalah buat kali pertama fungsi-fungsi keselamatan termasuk electronic stability control, traction control dan Hill-hold Assist (yang menghalang kereta daripada bergerak apabila kaki dialih daripada pedal brek diwaktu berhenti di bukit) dipasang standard untuk semua varian.
8- Selain daripada itu, dari Standard hinggalah ke Premium, semua varian didatangkan dengan aloi (14 inci untuk 1.3L dan 15 inci untuk 1.6L); tiada lagi penutup roda yang murah dan nampak remeh.
Tun Dr Mahathir Mohamad |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan