NUFFNANG

Rabu, Oktober 08, 2014

UNCLE GEDEK BERSELFIE SETIAP HARI SEJAK TAHUN 2009 SEHINGGA 2014, LAYAK DIGELAR RAJA SELFIE MALAYSIA!!!

Uncle Gedek berselfie setiap hari tanpa jemu sejak tahun 2009 lagi
Uncle Gedek? Siapa dia? Kalau Wak Doyok ikon fesyen tu kenal la...
Nak tau siapa Uncle Gedek ni? Uncle gedek ni telah berselfie sejak tahun 2009 lagi. Sebelum Fenomena Selfie terkenal di seluruh dunia beliau sudah mulakan dulu.

Uncle Gedek ni berselfie setiap hari tanpa jemu dengan memek muka yang sama sejak tahun 2009 lagi sehingga artikel ini admin tulis, dengan latar belakang selfie yang berlainan, pelik, unik dan ada unsur-unsur abstrak yang beliau cuba beritahu kita. Hanya yang memahami akan dapat apa yang Uncle Gedek cuba sampaikan melalui selfienya.

Jika Wak Doyok raja ikon fesyen Malaysia, Maka Raja selfie Malaysia sangat layak di pegang oleh Uncle Gedek.

Blog Uncle Gedek:

Raja selfie malaysia ini telah memulakan blog selfienya (www.blogbeginsatforty.com) sejak Mac 2009 lagi. Pernah satu ketika dulu, beliau pernah menjadi bahan sindiran oleh ramai dengan tabiat peliknya yang suka mengambil gambar diri sendiri.

Pembencinya dulu mungkin sekarang telah pun bertukar menjadi peminat setianya.

Uncle Gedek seorang photo blogger yang sangat disiplin, setiap hari beliau akan mengambil gambar self-portrait (tagline uncle gedek) dengan suasana yang berbeza-beza. Satu perkara yang admin sangat kagum dengan Uncle Gedek adalah kebolehupayaan beliau untuk mengambil gambar dari sudut dan reaksi muka yang hampir sama.

Kadangkala bila kita layari blog beliau, terasa macam Uncle Gedek ni sekadar photoshop semua gambar-gambarnya, kerana kedudukan, komposisi, dan riak muka yang sama. Cuma kalau tengok dari tahun 2009 sehingga yang terkini, boleh nampak perbezaan jumlah uban di kepalanya (jangan marah ya Uncle...).

JOM KITA TENGOK GAYA UNIK UNCLE GEDEK BERSELFIE...















Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: