NUFFNANG

Ahad, Oktober 12, 2014

VIDEO: WANITA SURMA PAKAI 'CAKERA BESI' UNTUK PIKAT HATI SUAMI? BIAR BETUL...

Ataye Eligidagne menggunakan cakera besi untuk memikat hati suami.
DI LEMBAH OMO ROVER Ethiopia, Wanita dari suku kaum Surma yang menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir bawah mereka.

SEJAK UMUR 15 TAHUN DIA DAH PAKAI MENDA NI...
Amalan tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.
INILAH MAS KAHWIN LAKI AKU DULU KATA  ATAYE ELIGDAGNE, 20 TAHUN
Menurut seorang wanita kaum Surma yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati suami.
MACAM NI CARA PASANG KATA WANITA SURMA NI...ALAHAI SEKSANYA
Cakera berkenaan juga merupakan mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin lelaki.

Abrahem Joffe bersama wanita Surma Ataye Eligidagne, 20
"Bagi penduduk tempatan, tradisi ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit.
INILAH CAKERA BESI YANG DI GUNAKAN WANITA SURMA...SUNGGUH BESAR
Kata Joffe, cakera besi yang digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter dan ukuran lebar 19.5 sentimeter.
Beginilah keadaan bibir Wanita Surma jika tidak memakai cakera besi di mulut mereka...sadis sungguh
Bagaimanapun, kerajaan Ethiopia telah bertindak mengharamkan amalan turun-temurun itu baru-baru ini atas alasan keselamatan.

LIHAT VIDEO

Macamana agaknya ye diorang ni minum bila bibir dah tak de? JOM KITA TENGOK VIDEO CARA MEREKA MINUM...SERAM!!!

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: