Gambar Satish Upadhyay menyapu sampah di jalan raya dikutuk oleh pengguna jaringan sosial sebagai satu lakonan sahaja. |
Sejak pelancaran kempen itu pada bulan lepas, ramai pemimpin berprofil tinggi mahu dilihat menyokongnya dengan memastikan gambar mereka menyapu sampah di jalan-jalan raya disiarkan di media.
Bagaimanapun, cubaaan pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) New Delhi, Satish Upadhyay ‘memakan dirinya sendiri’ apabila gambarnya tersebar luas di media sosial selepas disiarkan oleh akhbar Mail Today pada minggu ini.
GAMBAR PEKERJA MENABUR SAMPAH TERSEBAR!!! |
Narendra Modi (tengah) menyapu sampah sebagai simbolik pelancaran kempen 'Clean India' bagi mendidik rakyat menjaga kebersihan. |
Seorang pengguna Twitter, Niraj Surana berkata: “Kini terdapat permintaan tinggi ke atas sampah orang penting seperti daun kering (tidak melekit)’’.
“Saya menyangka perkara baik akhirnya berlaku sejak penubuhan kerajaan baharu, namun terdapat pemimpin hipokrit #CheatingCleanIndia,’’ kata seorang lagi pengguna jaringan sosial itu, Suraj Bajaj.
Upadhyay mempertahankan diri dengan menyatakan beliau dijemput untuk acara tersebut dan menyalahkan penganjur atas apa yang berlaku.
Modi pada 2 Oktober lalu melancarkan kempen tersebut dan menggesa menteri dan kakitangan awam di negara ini untuk turut serta membersihkan bangunan-bangunan kerajaan. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan