Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap.
Menurut Muhammad Zaki (gambar) polis yang menjalankan pemeriksaan dan siasatan menemui suspek berumur 26 tahun yang cedera putus tangan kanan di dalam semak. |
Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang.
"Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih," katanya di sini, hari ini.
MOHD Rofik Feran Ali, 42 menunjukkan kesan darah daripada tangan suspek yang putus dalam cubaan mempertahankan diri ketika kejadian samun dikediamanya di Taman Sikamat Utama. - Foto Hazreen Mohamad |
"Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar," katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber:BH Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan