NUFFNANG

Jumaat, Disember 25, 2015

Menakutkan! Bumi Berisiko Dihentam Asteroid 'Phoebe' Sebesar 100km Persegi

 Pakar astronomi mengingatkan bahawa dunia perlu memantau rapi pergerakan komet-komet gergasi di angkasa kerana Bumi masih berdepan risiko tinggi dilanggar batu tersebut.

Ribuan asteroid wujud diantara planet Marikh dan Planet Musytari
Menurut kumpulan penyelidik astronomi, kebanyakan kajian mendapati komet yang berada di lingkaran asteroid di antara planet Marikh dan planet Musytari berpotensi merempuh Bumi.

Mereka berpendapat bahawa dunia perlu meluaskan lagi senarai objek yang boleh membahayakan Bumi ekoran penemuan beratus-ratus komet gergasi yang dikenali sebagai ‘centaur’ sejak 20 tahun lalu.
GAMBAR terbaru diterima Persatuan Astronomi Diraja daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 22 Disember lalu menunjukkan bulan planet Zuhal, Phoebe dipercayai sebuah komet gergasi atau centaur yang terperangkap dalam tarikan graviti planet tersebut.
Komet yang merupakan ketulan bebola ais dan debu terbabit, kebiasaannya sebesar antara 50 hingga 100 kilometer lebar, adalah tidak stabil dan mempunyai orbit tidak sekata yang bermula lebih jauh dari planet Neptun iaitu planet paling jauh dari matahari.
Inilah rupa bentuk komet Phoebe merupakan sebuah komet gergasi sepanjang 100km besarnya...
Laluan komet gergasi terbabit melalui berhampiran planet Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun yang kadangkala medan graviti planet berkenaan menepis sesebuah komet ke arah Bumi sekali dalam setiap 40,000 ke 100,000 tahun.
Jika bernasib baik kita akan dapat melihat komet berekor seperti ini dilangit
Bagaimanapun kebiasaannya, semakin hampir dengan matahari, komet tersebut akan mula hancur dengan menghasilkan bentuk ekor di belakangnya yang dikenali ramai ‘menyebabkan impak ke atas bumi tidak dapat dielakkan’.

“Kehancuran komet gergasi sedemikian akan membawa kepada hentaman berkala dalam jangka panjang yang mungkin berlarutan sehingga 100,000 tahun,” jelas pasukan penyelidik itu dalam laporannya kepada Jurnal Astronomy and Geophysics keluaran Persatuan Astronomi Diraja.

VIDEO : Scientists Warn About Dangers To Earth From Giant Comets

Penyelidik terbabit mendakwa terdapat satu komet ‘centaur’ yang mempunyai jisim lebih besar daripada keseluruhan jumlah asteroid yang pernah ditemui melintasi orbit Bumi.

“Kajian kami menunjukkan kita perlu melihat lebih jauh berbanding planet-planet berhampiran Bumi sahaja, kita perlu melangkaui Musytari untuk mencari komet-komet ‘centaur’.

“Jika kami betul, komet-komet jauh ini mungkin sangat berbahaya,” kata Penyelidik daripada Universiti Buckingham, Bill Napier. – AFP

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: