NUFFNANG

Khamis, November 06, 2014

SEKAYU: BAHAYA DAN HANTUNYA

Air terjun sekayu memang tak perlu diperkenalkan lagi, Ianya sangat masyhur di terengganu. Tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, jungle tracking, camping dan yang berkaitan dengan beriadah, Tapi awas! disebaliknya ada cerita lain yang jarang orang mengambil peduli iaitu bahaya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu...

Suasana yang menyeramkan
Sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertengahan tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan, sama ada mati lemas atau mati lemas kerana akibat fenomena kepala air.


Di air terjun inilah yang biasa terjadi pengunjung mati lemas air terjun ini kedalamannya sekitar 1 meter sahaja.

LIHAT VIDEO

Ramai orang yang telah menceritakan tentang penemuan makhluk misteri dan menyeramkan dihutan lipur sekayu. Ada bermacam-macam versi.
 Ada yang berbentuk bebola api
 Ada yang berbentuk bebola api yang datang menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat-nyikat rambutnya tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan menunjukan wajah nya yang tiada wajah.
Makhluk misteri dikatakan muncul sebelum kemalangan berlaku
Agak menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti itu. Pada kebiasaannya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas hujan renyai-renyai.

Kepada semua pengunjung yang ingin datang ke hutan lipur sekayu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati. Bak kata orang-orang tua,jangan terlalu suka kerana terlalu suka mungkin musibah yang akan menanti. Kepada kaum wanita di ingatkan supaya jangan bersolek terlalu cantik atau memakai bauan yang harum jika kesana kerana makhluk halus dikatakan amat suka kepada kecantikan dan haruman.

Dikatakan juga makhluk-makhluk ghaib ini akan muncul sebelum kemalangan atau kematian akan terjadi. Ini merupakan sesuatu yang agak pelik seolah-olah kemunculannya seperti meminta korban.

Walau bagaimanapun kita tidak perlu percaya kaitannya dengan kemunculan makhluk-makhluk ghaib ini dengan kemalangan yang terjadi, anggaplah semuanya ini hanyalah kebetulan sahaja...

CERITA DISEBALIK PENEMUAN JENAZAH ARWAH ADIK RAFIKIN DI CELAH BATU

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang kelmarin dan telah selamat dikebumikan malam semalam.

Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita. Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.
Ketika Ustaz Sedang Melaungkan Azan
Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin: 
Keadaan  adik Rafikin sewaktu dijumpai... terduduk di celah batu
Ni gambar (atas dan bawah) yang diambil semasa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa. 
Penduduk dan para penyelamat membuat solat hajat dan doa di air terjun.
Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua. Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah.

Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua.


Gerbang Yang Dikatakan Pintu antara Alam Kita dan Alam Mereka

Namun begitu hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.
Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman ini telah berjaya dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu hujung minggu yang lepas.

Al-Fatihah buat allahyarham adik Ahmad Rafikin.. salam takziah buat ahli keluarga.. semoga tabah dan didoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh.... 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: