NUFFNANG

Selasa, Disember 30, 2014

QZ8501 AirAsia : Ada Mayat Ditemui Berpegangan Tangan

SELAT KARIMATA (Indonesia) : Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.

LOKASI SERPIHAN QZ8501 DITEMUI
Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama.
Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, didalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.
Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.
ISYARAT TELEFON BIMBIT DEDAH RAHSIA LOKASI PESAWAT QZ8501 
Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat, kira-kira 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.
TENTERA INDONESIA TEMUI KARGO QZ8501
“Ia ditemui di barat dan dekat dengan lokasi pertama,” katanya.
QZ8501: PRESIDEN JOKOWI BERANGKAT KELOKASI PESAWAT
Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.
QZ8501: DIPERCAYAI PECAH SAAT TERHEMPAS DIPERMUKAAN LAUT
“Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.

LIHAT VIDEO

“Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan,” katanya.
Antara Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui
Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.
Anggota TNI AU membawa serpihan pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemukan KRI Bung Tomo di Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
“Berdasarkan laporan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 jasad dan angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka kini terlalu sibuk,” kata Manahan Simorangkir. – Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: