NUFFNANG

Khamis, Januari 01, 2015

VIDEO SAAT CEMAS HELIKOPTER PDRM TERHEMPAS KETIKA MISI PENGHANTARAN MAKANAN MANGSA BANJIR KE KELANTAN

KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir.
KUALA LUMPUR: Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini adalah yang ketiga membabitkan helikopter pasukan itu dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Dua juruterbang dan dua krew helikopter berada dalam keadaan selamat. 
Dalam insiden kemalangan terbaharu pada 6.30 petang tadi, dua juruterbang pesawat berkenaan bersama dua kru terselamat tetapi mengalami kecederaan pada anggota badan.

LIHAT VIDEO YANG MENCEMASKAN INI...



Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Disember 2010 yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31.
Keadaan helikopter PDRM yang terhempas
Helikopter yang dipandu Mohammad Sukri terhempas di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.
Terhempas semasa misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah merah Kelantan
Pada 10 Februari 1999, tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketika itu mereka terbabit dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 helikopter dan beberapa pesawat Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: